Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 vertical lens_2

Ura-Ura: iPhone 16 Mungkin Dilengkapi Susunan Kamera Seperti iPhone 12

Diterbitkan Mei 23, 2023 · Dikemas kini Mei 23, 2023 oleh Amalina Athman

Belum lagi iPhone 15 dilancarkan, sudah timbul pelbagai spekulasi mengenai iPhone 16 yang dijangka akan dilancarkan pada 2024. Dalam laporan terbaharu, iPhone 16 dikatakan mungkin dilengkapi susunan kamera belakang dalam bentuk vertical atau menegak.

Berkaitan

  • Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin
  • iPhone 16 Pro Dilapor Bawakan Saiz Skrin Terbesar Dalam Sejarah iPhone

Terdahulu, Apple telah beralih kepada lensa yang disusun secara diagonal atau menyerong bermula iPhone 13 dan iPhone 13 mini, dan kemudian dibawa ke iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Susunan secara menyerong itu dijangka akan diteruskan pada iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, namun ia mungkin adalah model terakhir yang akan menggunakan reka bentuk tersebut.

iPhone 12 vertical lens
iPhone 12 dengan lensa vertical
iPhone 14 diagonal lens
iPhone 14 dengan lensa diagonal

Jika khabar angin ini adalah benar, iPhone 16 akan kembali menggunakan susun atur lensa secara menegak, yang mana kali terakhir dilihat pada iPhone 12 dan iPhone 12 mini.

Pemilik akaun Twitter @URedditor berkata perubahan itu akan menjadikan iPhone 16 boleh dikenali serta-merta sebagai model terbaharu, sekurang-kurangnya apabila ia digabungkan dengan aspek reka bentuk lain yang lebih baharu seperti Dynamic Island dan port USB-C.

Note:

iPhone 12 style design – only in terms of camera bump, two camera rings, vertical.

— Unknownz21 🌈 (@URedditor) May 22, 2023

Bagaimanapun, mengambil kira pelancaran iPhone 16 hanya akan berlaku pada 2024, masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada ia benar atau sebaliknya. Tambahan pula, sebarang rancangan juga mungkin boleh berubah.

Sumber: MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY