Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Dilapor Mendedahkan Data Peribadi Pengguna

Samsung Dilapor Mendedahkan Data Peribadi Pengguna

Diterbitkan Februari 25, 2020 ยท Dikemas kini Februari 25, 2020 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, pengguna global peranti Samsung Galaxy menerima satu notifikasi pelik daripada aplikasi Find My Mobile yang hanya mengandungi nombor “1”. Pada masa itu, Samsung menyatakan ia secara tidak sengaja dihantar semasa ujian dalaman dan “tiada kesan pada peranti”.

Data Peribadi Pengguna Samsung
TechRadar

Hari ini, syarikat daripada Korea Selatan tersebut mengaku terdapat satu lagi kesilapan dalam masa yang sama, di mana ia memberi kesan kepada sebilangan kecil pengguna yang dapat mengakses maklumat pengguna Samsung yang lain, termasuk nama, alamat dan empat angka terakhir kad pembayaran mereka.

Dalam satu laporan, Samsung menyatakan kedua-dua isu ini adalah tidak berkaitan antara satu sama lain dan hanya kebetulan berlaku pada masa yang sama. Samsung turut menjelaskan lagi bahawa kebocoran yang tidak disengajakan adalah hasil daripada kesilapan teknikal di laman web syarikat UK, dan hanya menjejaskan tidak melebihi 150 pengguna.

Terdahulu, beberapa pengguna Reddit melaporkan apabila log masuk akaun dalam aplikasi Samsung Shop, pengguna tersebut dapat melihat maklumat pengguna lain seperti nombor telefon, alamat e-mel, butiran pesanan, alamat penghantaran dan empat angka terakhir kad pembayaran.

Tiada kenyataan lebih lanjut mengenai kesilapan ini dan hanya mengatakan bahawa syarikat itu akan melakukan yang terbaik untuk mencegah sesuatu seperti ini berlaku lagi.

Sumber: TechRadar, SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY