Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keuntungan Samsung Melonjak 1,800%, Mencecah ~RM253 Bilion

Samsung Dijangka Untung Lebih 780% Ekoran Lonjakkan Harga Cip Memori

Diterbitkan Oktober 8, 2026 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics pada Khamis meramalkan lonjakan keuntungan operasi suku ketiga melampaui 780 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, disokong oleh harga cip memori yang tinggi berikutan lonjakan AI yang mencetuskan kekurangan bekalan global.

Gergasi Korea Selatan itu merupakan pengeluar cip memori terbesar di dunia, komponen yang kini mendapat permintaan amat tinggi apabila cip jenis canggih dibeli secara pukal untuk kegunaan di pusat data yang memacu kecerdasan buatan.

Syarikat itu menganggarkan keuntungan operasi bagi Julai-September pada 107.4 trilion won (~RM 328.16 bilion)), naik 782.5 peratus berbanding tahun lalu, menurut kenyataan syarikat.

Ini menandakan kali pertama sebuah syarikat Korea Selatan melampaui 100 trilion won dalam keuntungan operasi suku tahunan.

Hasil pendapatan berkemungkinan meningkat 127 peratus kepada 195 trilion won, kata Samsung.

Dengan kedua-dua angka tersebut mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah, syarikat itu bakal memecahkan rekodnya sendiri bagi jualan dan keuntungan operasi untuk empat suku tahun berturut-turut.

Samsung dijangka mengeluarkan laporan penyataan kewangan suku tahunan rasminya pada akhir Oktober.

Lonjakan permintaan AI telah membantu Samsung dan gergasi semikonduktor lain di seluruh dunia mencatatkan rekod keuntungan pada tahun ini.

Penganalisis di firma pembrokeran Korea Selatan, Shinhan Securities, optimis terhadap hala tuju Samsung dan menulis dalam satu nota minggu lalu bahawa mereka menjangkakan “pendapatan yang lebih kukuh” daripada syarikat itu pada tahun depan.

 

“Samsung Electronics kini kelihatan sedia untuk peningkatan pantas dalam pegangan pasaran,” kata mereka, ketika syarikat itu meningkatkan pengeluaran generasi baharu cip memori jalur lebar tinggi (high-bandwidth memory atau HBM), yang dipanggil HBM4.

Tuntutan Pekerja

Samsung, pesaingnya dari Korea Selatan SK hynix, dan gergasi AS Micron menguasai pasaran global bagi HBM, cip canggih yang digunakan di pusat data AI bersama-sama semikonduktor pemprosesan data berkuasa tinggi yang lain.

 

“Peralihan kepada HBM generasi seterusnya akan membuka peluang untuk berunding semula mengenai harga” bagi Samsung, “sekali gus membantu menjamin margin yang kukuh,” menurut nota Shinhan Securities.

Walaupun pendapatan Samsung melonjak berikutan permintaan kukuh untuk cip memori yang dikeluarkannya, lonjakan ini juga telah menaikkan harga DRAM dan NAND flash yang digunakan dalam telefon pintar, memaksa bahagian mudah alih syarikat itu membayar lebih bagi cip yang sama.

Penganalisis berkata peningkatan kos pengeluaran semakin sukar untuk diserap memandangkan Samsung berusaha mengehadkan kenaikan harga demi mengekalkan jumlah penghantaran dan pegangan pasaran.

Pada Ogos, Samsung mengumumkan pembelian balik sahamnya sendiri bernilai sehingga $80 bilion untuk meningkatkan pulangan pemegang saham.

Ia menyatakan pelan pulangan pemegang saham itu direka untuk memastikan “hasil pertumbuhan syarikat diterjemahkan kepada faedah nyata” buat pemegang saham.

Apabila pendapatan pembuat cip termasuk Samsung melambung tinggi, ramai pekerja menuntut bahagian keuntungan yang lebih besar.

Samsung berjaya mengelakkan mogok di Korea Selatan awal tahun ini dengan bersetuju menyalurkan bonus bersamaan 10.5 peratus daripada keuntungan operasi kepada pekerja bahagian semikonduktornya.

Perjanjian itu bermakna kira-kira 78,000 pekerja daripada 125,000 jumlah tenaga kerja domestik Samsung layak menerima bonus kira-kira $370,000 pada tahun ini, berdasarkan anggaran keuntungan pasaran.

Namun di Taiwan pada Rabu, wakil kesatuan berkata ratusan pekerja di kilang Micron telah mengundi untuk menyokong tindakan mogok selepas perbincangan dengan syarikat AS itu mengenai reformasi bonus menemui jalan buntu. – AFP

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY