Samsung Dijangka Umum Cip Exynos Terbaru Pada 4 Januari Ini

Umum sudah mengetahui tentang pengenalan cip berkuasa tinggi, Snapdragon 845 dari Qualcomm yang diramal akan memacu model Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+ bagi pasaran Amerika Syarikat dan China.

Untuk pasaran di rantau yang lain pula, Samsung dikhabar akan memperkenalkan cip Exynos terbaru dan ia disahkan melalui tweet yang dibuat gergasi Korea Selatan tersebut.



Tiada maklumat rasmi dikeluarkan pada waktu ini tetapi dipercayai cip berkenaan akan dinamakan sebagai Exynos 9810, sepertimana yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Antara ciri yang dikatakan bakal hadir pada Exynos 9810 adalah kemampuan muat turun berkelajuan tinggi sehingga 1.2Gbps dituruti dengan GPU yang dipertingkatkan (mungkin Mali G72 dan dibangunkan dengan proses FinFET 10nm generasi kedua.

Sumber: Samsung