Bercakap mengenainya, Samsung dikatakan akan mengambil kesempatan sempena acara IFA 2018 hujung bulan ini bagi memperkenalkan TV 8K QLED pertama mereka. Acara pameran industri itu akan berlangsung dari 31 Ogos - 5 September ini di Berlin.
https://twitter.com/leogringoD/status/1027924494776713216
Seperti yang terpapar dalam kiriman tweet oleh @leogringoD di atas, Samsung telah mempromosikan peranti berkenaan melalui satu papan iklan yang dikatakan berada di Jerman.
Walaupun teknologi 8K pada televisyen ini adalah perkara baru dan masih diperingkat awal, beberapa syarikat lain telah pun mula menghasilkan televisyen 8K mereka sendiri selain Samsung. Antaranya ialah LG dan Sharp.
Sebagai maklumat tambahan, 8K mempunyai empat kali ganda lebih piksel berbanding 4K. Untuk gambaran lebih jelas, anda boleh merujuk pada imej yang dihasilkan oleh Pricekart.com di bawah.
Kredit : Pricekart.com
Untuk rekod, Sharp telah pun memasarkan televisyen 8K mereka di pasaran global termasuk Malaysia. Ia boleh didapati melalui laman beli belah atas talian, Lazada namun anda mungkin perlu bersedia untuk menggadai beberapa aset untuk memilikinya melainkan anda seorang bangsawan.
Samsung juga hanya akan mendedahkan harga peranti 8K mereka ini semasa dilancarkan kelak. Tiada sebarang harapan untuk harga mampu milik diletakkan namun adalah sangat diharapkan peranti sebegini dapat dijual dengan harga yang lebih rendah pada masa akan datang.
Sumber
Berkaitan
- Muat Turun Kemaskini Piala Dunia 2018 Pada Permainan Fifa 18 Anda Sekarang
- Samsung Gear S3 bakal di keluarkan tahun ini?
- Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X
- Samsung Mahu Cipta Suasana Yang Lebih Moden Dalam Pejabat Melalui Samsung Flip
- Samsung Membayangkan Harga Telefon Boleh Lipat Mereka Tidak Mesra-Poket
- Semua khabar Angin Tentang Samsung S8
- FIFA 19 Dikatakan Akan Hadir Dengan Mod Battle Royale
- Siri Samsung Galaxy S10 Diperkenalkan Secara Rasmi, Boleh Dipra-Tempah Bermula Esok
- Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan - WSJ
- CEO Samsung Sahkan Galaxy S10 Bukan Peranti Pertama Dengan Sokongan Rangkaian 5G