Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A42 5G Akan Jadi Telefon Pertama Dengan Cip Snapdragon 750G

Samsung Dedahkan Spesifikasi Penuh A42 5G – SD 750G Dengan Paparan Super AMOLED

Diterbitkan Oktober 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada bulan lepas, Samsung telah mengumumkan peranti pintar 5G paling mampu milik mereka iaitu Samsung Galaxy A42 5G.

samsung galaxy a42 5G

Hari ini, mereka telah berkongsikan spesifikasi penuh bagi peranti tersebut dimana ia dijana dengan cip Snapdragon 750G. Ia menggunakan paparan skrin Super AMOLED dengan resolusi HD+.

Samsung Dedahkan Spesifikasi Penuh A42 5G – SD 750G Dengan Paparan Super AMOLED

Pada bahagian belakang, terdapat 4 lensa dengan kamera utama 48MP, 8MP ultra-lebar, 5MP makro dan 5MP depth. Sementara lensa swafoto adalah 20MP.

Ia hadir dengan RAM 4/6/8GB dan storan dalaman sebesar 128GB serta menyokong kad MikroSD. Kapasiti bateri pula adalah 5000mAh dan menyokong cas hingga 15W.

Turut dilengkapi sensor pengimbas cap jari pada skrin. Galaxy A42 5G menawarkan 3 warna iaitu Prism Dot Black, Prism Dot White dan Prism Dot Gray.

Buat masa ini, Samsung belum mendedahkan harga jualan dan tarikh pelancaran bagi peranti ini. Namun, harganya mungkin akan lebih murah berbanding Galaxy A51 5G.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY