Samsung Perkenal Dua Model Galaxy A Dengan Sokongan 5G

Barisan peranti dalam siri Galaxy A kini menerima dua ahli baru iaitu Galaxy A71 dan Galaxy A51. Ya kedua-duanya sedia diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, namun kini dikemaskini dengan sokongan rangkaian generasi seterusnya, 5G.

Samsung Galaxy A71



Galaxy A71 sebelum ini diperkenalkan sekitar Disember tahun lalu dan dilengkapi dengan Snapdragon 730. Bagi versi 5G, ia kini dimuatkan dengan cip pemproses Exynos 980.

Selain dikemaskini pada bahagi pemprosesan, ia menampilkan rekaan belakang yang sedikit berlainan. Lain-lain spesifikasi masih dilihat sama seperti versi 4G biasa, iaitu skrin paparan 6.7 inci FHD+ Super AMOLED+, kamera hadapan 32MP f2.2 yang ditempatkan pada rekaan Infinity-O.

Rakaman bahagian ditugaskan kepada kuad kamera yang terdiri daripada kamera 64MP f1.8, ultra lebar 12MP f2.2, depth 5MP f2.2 dan makro 5MP f2.4.

Bagi sistem memori ia disediakan dengan pilihan antara RAM 6GB dan 8GB sementara storan dalaman hanya 128GB. Terdapat juga sokonga memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 1TB.

Tawaran bateri juga masih sama seperti model sebelumnya iaitu 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W Super Fast Charging.

Samsung Galaxy A51



Sama seperti Galaxy 71 5G, model ini turut diberikan cip pemprosesan Exynos 980. Terdahulu pada versi 4G, ia hanya dilengkapkan dengan Exynos 9611. Bahagian memori ditawarkan dengan dua pilihan RAM, 6GB atau 8GB. Ruang simpanan pula hanya satu sahaja iaitu 128GB tetapi boleh diluaskan lagi dengan penggunaan kad MikroSD sehingga 1TB.

Memberikan skema warna yang berlainan dari sebelumnya, Galaxy A51 5G masih mengekalkan spesifikasi pada bahagian lain seperti skrin Super AMOLED berukuran 6.5 inci FHD+.

Kamera hadapan dihuni pada Infinity-O adalah 32MP f2.2 manakala kuad kamera belakang diketuai oleh 48MP f2.0. Baki lagi tiga kamera adalah ultra lebar 12MP f2.2, 5MP f2.2 depth dan 5MP makro f2.4.

Bagi janaan kuasa, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh bersama pengecasan 15 Adaptive Fast Charging.



Kedua-dua peranti diatas mempunyai sistem imbasan cap jari pada paparan.