Paten tersebut telah ditemui oleh sebuah blog Belanda, LetsGoDigital yang mendedahkan beberapa konsep dari Samsung mengenai skrin yang dipaparkan di depan dan di belakang peranti.
Paten yang didaftarkan di Organisasi Harta Intelek Dunia (WIPO) pada 4 Januari tetapi permohonan dihantar pada 12 April 2017. Permohonan paten tersebut mengandungi 3 model dengan fungsi yang berbeza.
Model pertama menampilkan skrin paparan berterusan disambung di tepi sehingga ke belakang peranti. Ini membolehkan peranti tersebut mempunyai skrin paparan di bahagian hadapan dan di belakang peranti.
Tidak dapat dipastikan lagi apa kelebihan yang diperolehi dari rekaan skrin sebegini namun membolehkan 2 pengguna menggunakan 2 paparan berasingan jika peranti diletakkan dalam kedudukan menegak di bahagian tepi.
Rekaan kedua menampilkan skrin penuh di bahagian panel hadapan dan 30% skrin paparan di bahagian panel belakang. Konsep sebegini sudah diaplikasikan oleh Meizu melalui peranti Meizu Pro 7 mereka yang menampilkan skrin paparan kecil di bahagian belakang peranti.
Skrin kedua di bahagian belakang ini boleh digunakan untuk mempaparkan maklumat-maklumat penting seperti WhatsApp, waktu, dan notifikasi lain tanpa mengaktifkan skrin paparan utama.
Rekaan ketiga pula menampilkan skrin paparan meliputi kedua-dua panel melalui bahagian bawah peranti. Rekaan ini sama seperti rekaan pertama cuma berbeza dari segi liputan skrin dimaana skrin melalui bahagian tepi untuk rekaan pertama dan melalui bahagian bawah untuk rekaan ketiga.
Inovasi merupakan perkara penting lebih-lebih lagi dalam dunia telefon pintar yang semakin bergerak pantas dari pelbagai sudut namun konsep rekaan Samsung ini diragui dapat mendapat tempat di hati pengguna sekiranya Samsung tidak menampilkan fungsi yang ketara untuk skrin paparan ekstra jika rekaan ini menjadi kenyataan satu hari nanti.
Sumber
Berkaitan
- iPhone 13 Pro Dan Pro Max Akan Menggunakan Skrin 120Hz Buatan Samsung
- Samsung Galaxy Watch Akan Guna Wear OS
- Samsung Secara Rasmi Boleh Untuk Tidak Mengemaskini Peranti Mereka
- Samsung Galaxy A7 (2018) Memunculkan Diri Di Geekbench
- Samsung Mengguna Pakai 40 Galaxy S5 Menjadi Sebuah Mesin Perlombongan Bitcoin
- Nokia 9 Mungkin Menggunakan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan
- Samsung Perkenal Dua Galaxy Tab Baharu
- Samsung Galaxy S8 Mendapat Rating Tertinggi Dari Pengguna
- Samsung Akan Terus Menggunakan Paip Haba Untuk Peranti 2018 Mereka
- Apple Menang Kes Saman Samsung Berkenaan Paten Slide-To-Unlock