Samsung Akan Terus Menggunakan Paip Haba Untuk Peranti 2018 Mereka

Sumber dari rantaian bekalan mengatakan yang Samsung Electronics akan meneruskan menggunakan paip haba untuk peranti telefon pintar terbaru mereka bagi tahun 2018. Ini selepas terdapat khabar angin yang mengatakan yang pembuat telefon pintar dari Korea Selatan itu akan menggunakan teknologi ruang wap bagi pelesapan haba.

Pembuat telefon pintar yang lain juga sedang mencuba teknologi ini yang kosnya lebih tinggi dari paip haba namun tiada tempahan komponen berkenaan dibuat. Teknologi ruang wap bagi tujuan pelesapan haba ini lebih mahal untuk digunakan berbanding paip haba tetapi menawarkan kecekapan pelesapan haba yang lebih baik.

Peningkatan ruang wap dari vendor komputer riba makin meningkat atas sebab komputer riba permainan yang lebih nipis banyak dikeluarkan dan trend itu bakal diikuti oleh peranti telefon pintar.

Selain faktor kos, faktor saiz ruang wap juga menjadi kebimbangan di kalangan pembuat telefon pintar untuk mengadaptasinya dalam peranti mereka namun dengan pembuat komponen yang sedang berusaha mengurangkan ketebalan sehingga 0.4mm memungkinkan yang peranti pada tahun 2019 bakal menggunakan teknologi ini sepenuhnya.

Sumber