Samsung Akan Mula Membina Telefon Pintar Boleh Dilipat Pada Hujung Tahun Ini

Tahun lepas, mucul beberapa spesikulasi tentang pelancaran telefon pintar boleh dilipat dari Samsung pada hujung tahun ini. Namun, mengikut berita dari Digitimes yang mengatakan, peranti ini akan mula dibina pada suku ke-4 tahun ini. Jadi desas-desus mengatakan peranti ini akan hadir pada tahun ini adalah tidak benar sama sekali.

gsmarena_001 (5)

Mengikut laporan, Samsung Electronic bakal membina telefon boleh dilipat hanya dalam pengeluaran yang kecil atas masalah teknikal yang dihadapi. Salah satunya adalah pengeluaran dan kebolehpercayaan bahagian yang dibina dengan plastik. Seperti yang kita tahu, hard-plastik selalunya tidak boleh dilentur dan tidak tahun dengan tekanan tinggi yang akan diaplikasikan oleh telefon boleh dilentur ini.

Peranti ini direka dengan paparan AMOLED yang fleksibel. Samsung juga sudah memohon untuk patenkan rekaan foldable smartphone di US Patent and Trademark(USPTO) pada akhir tahun lepasPembina telefon pintar yang lain seperti Apple,LG Electronic an Microsoft masing-masing turut memohon untuk aplikasi yang sama dengan USPTO.
Sumber