Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Ultra_8

Samsung Ada Promosi Beli Samsung Galaxy S23 Ultra, Percuma Galaxy S23

Diterbitkan Februari 24, 2023 · Dikemas kini Februari 24, 2023 oleh Amsyar Latif

Siri Samsung Galaxy S23 baru sahaja dilancarkan pada awal Februari ini dan bersempena kehadirannya, Samsung kini mengadakan promosi ‘tak masuk akal’. Ini kerana, setiap pembelian Galaxy S23 Ultra, pembeli bakal menerima sebuah Galaxy S23 secara percuma.

Bagaimana caranya?

beli 1 percuma 1 galaxy s23 ultra

Menerusi laman rasmi Samsung, program beli 1 percuma 1 ini memerlukan pembeli untuk tukar ganti (trade in) peranti Ultra yang lama sahaja. Pada masa sama, anda akan bawa pulang sebuah lagi telefon Galaxy S23.

Jika anda mahu tukar ganti Galaxy S22 Ultra kepada Galaxy S23 Ultra, anda tidak perlu tambah sebarang wang. Namun, ia terhad kepada Galaxy S23 Ultra varian 256GB sahaja. Maknanya, dengan pembelian bernilai RM5699+tukar ganti Galaxy S22 Ultra, secara tidak langsung anda keluar daripada kedai Samsung dengan membawa Galaxy S23 varian 128GB sekali.

Sekiranya anda mahu tukar ganti Galaxy S21 Ultra, anda perlu menambah RM199. Bermakna, jumlah perlu dibayar adalah RM5898.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • Siri Galaxy S23 Mempunyai 'Vapor Chamber' Yang Lebih Besar Dari S22
  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy S23 Ultra - Ada Formula Sendiri Nak Pikat Hati Pembeli

Sementara tukar ganti Galaxy Note 20 Ultra, anda perlu top up duit sebanyak RM399 yang menjadikan jumlah perlu dibayar adalah sebanyak RM6098.

Bagaimanapun, peranti yang mahu ditukar ganti itu perlu melepasi kelayakannya. Mudah kata, jika peranti yang anda sedang guna itu skrinnya tidak retak, anda layak meskipun ia ada sedikit calar dan sebagainya.

terma dan syarat
Terma dan syarat

Perlu diingatkan, promosi ini adalah terhad bermula sekarang (24 Februari 2023) hingga 31 Mac 2023 sahaja. Anda boleh membelinya di kedai Samsung berhampiran. Untuk terma dan syarat, boleh rujuk di SINI.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY