Sampel Foto Hasil Rakaman Daripada Tiga Kamera Vivo NEX 3 5G

Kita sudah memasuki musim pengenalan peranti kelas atasan dimana sejumlah daripadanya telah pun diumumkan. Antara yang menjadi bualan hangat sebulan dua ini adalah skrin paparan "air terjun" melengkung lebih daripada peranti sedia ada.

Antara pengeluar yang terlebih dahulu memperkenalkannya adalah Vivo melalui model Vivo NEX 3 5G yang dilancarkan pertengahan bulan ini.

Selain memperagakan rekaan unik pada panel paparan serta spesifikasi terbaik yang akan menguasakan bahagian dalam, Vivo NEX 3 5G juga menawarkan tetapan tiga kamera.

Tiga kamera itu terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8) dengan saiz sensor 1/1.7", lensa telefoto 13MP (f/2.5) dan lensa ultra lebar 13MP (f/2.2).  Rakaman hadapan pula dihadirkan dengan lensa 16MP (f/2.1).

Di beri kesempatan merasai lebih awal Vivo NEX 3 5G pada minggu lalu, kami himpunkan hasil-hasil gambar yang dirakam peranti flagship Vivo ini. Untuk makluman unit yang diuji ini menjalankan sistem kamera yang masih dalam fasa pembangunan lagi. Justeru itu, prestasi kamera ada kalanya tidak seperti yang diharapkan. Namun secara keseluruhan ia berupaya memberikan gambar yang bermutu dengan kejelasan dan perincian yang baik.

Lensa utama 64MP



Mod Ultra Night



Lensa utama 64MP bertugas dengan baik dalam penghasilan imej yang seimbang dan terperinci. Rakaman dengan mod malam juga boleh dilakukan dengan pantas tanpa meninggalkan kejelasan objek yang dirakam.

Lensa ultra lebar



Rakaman makro



Rakaman selfie



Secara keseluruhannya, jika dibandingkan rakaman Vivo NEX 3 5G bersama peranti flagship terbaru yang lain, ia masih ada ruang yang perlu diperbaiki tetapi jurang perbezaanya tidaklah jauh. Namun rakaman makro dilihat beraksi cemerlang dengan perincian objek yang dirakam secara jarak dekat itu.

Perkhabaran terbaru memperlihatkan Vivo NEX 3 sudah mendapat pengiktirafan daripada SIRIM dan ini memberi gambaran bahawa kedatangannya bakal dibuat tidak lama lagi. Berdasarkan sampel gambar, Vivo NEX 3 mungkin boleh masuk ked dalam senarai pertimbangan anda.

Baca juga - Kenali Lebih Dekat Vivo NEX 3 5G Dengan Paparan “Air Terjun” Yang Bakal Jadi Tren