Vivo Nex 3 Telah Mendapat Pengiktirafan SIRIM

Setelah dilancarkan di Shanghai baru-baru ini, peranti mercu terbaru keluaran Vivo iaitu Vivo nex 3 dilihat akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.



Ini kerana, perkhabaran terbaru memperlihatkan sebuah peranti Vivo yang bernama vivo 1913 di bawah nama syarikat, Vivo Technologies Sdn Bhd sudah menerima pengiktirafan daripada SIRIM. Ia jelas menunjukkan bahawa peranti mercu terbaru Vivo yang penuh dengan inovasi itu bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/524158801512710/

Vivo Nex 3 merupakan generasi ke-3 di dalam keluarga Vivo nex dan mempunyai inovasi yang paling antara paling berteknologi di pasaran. Ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+, RAM antara 8GB dan 12GB beserta ruang dalaman sebesar 256GB berasaskan storan UFS 3.0. Mempunyai tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, 13MP lensa sudut lebar 120 darjah dan 13MP lensa telefoto.  Bagi kamera hadapan pula, Vivo Nex 3 hadir dengan "pop up camera"16MP dan menjadikan rekaan peranti ini tiada takuk. Apa yang lebih menarik lagi mengenai peranti ini, ia hadir dengan paparan 6.89 inci POLED Waterfall FullView dan menjadikannya mempunyai nisbah skrin-ke-badan 99.6%.

setakat ini, harga rasmi Vivo Nex 3 bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui.