Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sambungan Antara PC Dengan iPhone Kini Lebih Mudah, Terus Dari Menu Start

Sambungan Antara PC Dengan iPhone Kini Lebih Mudah, Terus Dari Menu Start

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini sedang menguji ciri baharu untuk PC yang menawarkan penyepaduan yang lebih baik untuk pengguna iPhone pula selepas  diperkenalkan untuk pengguna PC dengan peranti Android pada tahun lepas.

Tambahan ciri baharu itu adalah penambahan panel sisi dalam menu Start yang membolehkan pengguna PC yang memiliki iPhone mengakses keupayaan untuk melihat status bateri dan sambungan telefon, mengakses mesej dan panggilan, dan menjejaki aktiviti terkini di mana semuanya disepadukan dengan mudah ke dalam menu Start.

iOS-Blog-Post-Image 1

Ciri baharu ini dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna PC Windows Insiders dalam Saluran Dev dan Beta.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk mendapatkan ciri tersebut:

  • Windows 11 Insider Preview Build 4805 dan lebih tinggi dalam Beta Channel dan Dev channel.
  • Phone Link versi 1.24121.30.0 atau lebih tinggi.
  • PC anda mesti didaftar masuk dengan akaun Microsoft dan mesti mempunyai keupayaan Bluetooth LE.
  • Tidak disokong untuk PC yang menjalankan Pro Education atau SKU Education.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh “AirDrop” Fail Antara iPhone Dan Windows PC
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Versi Windows 11 24H2 Kini Turut Ditawarkan Kepada PC Windows 10 Yang Layak

Sumber: Windows Insider Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY