Sepanjang tahun 2024 ini, Windows 11 telah menerima banyak ciri baharu dan penambahbaikan kecil untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.
Walaupun kemas kini utamanya, versi 24H2 yang penulis anggapnya sebagai salah satu kemas kini paling bermasalah, tetapi masih terdapat perkara positif tentang kemas kini Windows 11 yang perlu dipuji.
Jadi, berikut adalah 4 ciri baharu yang menarik telah diterima Windows 11 pilihan penulis untuk 2024:
1. Butang refresh Wi-Fi
Perubahan kecil tetapi ciri yang dialu-alukan kerana butang muat semula ini akan memaksa peranti untuk imbas semula rangkaian yang tersedia, jika komputer riba anda tidak dapat mengesan rangkaian Wi-Fi daripada percubaan pertamanya.
2. Jadikan telefon Android sebagai kamera web
Jika anda menggunakan telefon Android, anda kini boleh jadikannya sebagai kamera web untuk komputer dengan Windows 11 tanpa perlukan sebarang perisian pihak ketiga.
Cumanya, ciri ini ketara belum sempurna kerana isu kestabilan sambungan menyebabkan pengalaman jadikan kamera telefon sebagai kamera web kurang menyenangkan.
Juga ciri terhad untuk telefon pintar Android sahaja.
Untuk menyambungkan telefon anda dengan PC, buka Settings dan buat carian Manage mobile devices.
Seterusnya klik butang Add device dan imbas kod QR yang dipaparkan di PC dengan telefon Android anda.
3. Fail storan Android Kini dipaparkan di ‘File Explorer’ PC secara wayarles
Ciri ini amat menarik dan membantu kerana anda boleh terus mengakses storan telefon pintar anda terus dari File Explorer dari PC anda.
Cara mengaktifkan ciri ini telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini.
4. Lebih banyak pilihan pemampatan fail
Anda kini boleh memampatkan fail bagi menjadikan saiz lebih kecil dalam format fail yang lebih pelbagai.
Tambahan kepada ZIP sdia ada, pengguna Windows 11 kini boleh memampatkan fail kepada format fail 7zip dan TAR serta pilih kaedah mampatan (Store, Deflate, BZip2, LZMA1, LZMA2, atau PPMd) serta tentukan tahap mampatan dari 0 hingga 9 dan gunakan ciri tambahan yang ada.
Jadi, bagaimana pula dengan anda?
Apakah ciri Windows 11 baharu yang menarik dan bermanfaat yang anda gemari sepanjang 2024 ini?
Berikan pendapat anda di ruang komen.
{suggest}