Sambar Telefon Pintar vivo Dan iQOO Serendah RM399 Malam Ini Di Lazada

Berita baik buat peminat vivo dan mungkin yang mencari telefon pintar terbaru untuk bergaya di Hari Raya Aidilfitri nanti, vivo Malaysia mengumumkan jualan Lazada Birthday KAW KAW yang akan  berlangsung pada 24 Mac 2024 dari jam 8.00 malam hingga 27 Mac 2024.



 

Anda boleh menikmati diskaun sehingga 35% dan baucar 12% (dihadkan pada RM200) di kedai rasmi vivo & iQOO di Lazada.

Berikut adalah sorotan promosi, yang memaparkan Tawaran Mesti Beli 1 hari eksklusif yang hanya tersedia dari 24 Mac, jam 8 malam hingga 25 Mac 2024:



Anda juga boleh meningkatkan lagi penjimatan mereka dengan menggunakan baucar dan Laz Bonus semasa jualan vivo x Lazada Birthday KAW KAW, seperti yang digariskan di bawah:



Semasa promosi istimewa ini, anda turut berpeluang menikmati baucar kedai menarik yang menawarkan diskaun sehingga RM200 untuk pembelian mereka.

Gabungkan Lazada Bonus + Baucar kedai + Laz Coins untuk PENJIMATAN SUPER, anda boleh:-

  • Dapatkan diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM500, dihadkan pada RM50

  • Nikmati DISKAUN 12% dengan perbelanjaan minimum RM1000, dihadkan pada RM200




Anda digalakkan untuk menyediakan pembelian mereka lebih awal kerana tawaran ini hanya terpakai untuk model telefon pintar terpilih sahaja, tersedia dalam unit terhad dan masa terhad dengan terma dan syarat dikenakan.

Turut ditawarkan dalam kempen Lazada ini adalah model terbaru vivo Siri V, vivo V30 5G dan vivo V30 PRO 5G  dengan Aura Light 3.0 yang dinaik taraf serta kerjasama dengan teknologi ZEIS.

Vivo V30 5G didatangkan dengan pilihan 256GB pada harga RM1999 dan 512GB pada harga RM2199.

Semasa jualan ini, anda boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 12% dengan baucar terhad dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM500 atau lebih.



vivo V30 PRO 5G akan mula dijual di Lazada bermula 27 Mac 2024 di mana anda boleh menikmati baucar tambahan sebanyak 12% dan hadiah percuma bernilai sehingga RM825* untuk 1 hari itu sahaja.

Beli telefon pintar vivo terbaru dari stor rasmi di:

Shopee - https://invl.io/clkw7gi

Lazada - https://invol.co/clkw7gh

Sumber: Siaran media vivo