Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Store @ IOI – store front 1

Sambar ‘Laptop’ MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini

Diterbitkan Ogos 22, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2023 oleh ariff bukhari

MSI bakal mengadakan majlis perasmian pembukaan stor konsep baharu mereka, MSI Concept Store yang terletak di tingkat 2 dalam pusat beli belah terbesar di Malaysia iaitu IOI City Mall, Putrajaya.

Majlis perasmian itu akan berlangsung pada hari Sabtu minggu ini, bertarikh 26 Ogos 2023.

Bersempena dengan pembukaan stor kosep baharu itu, MSI akan menawarkan secara eksklusif model komputer riba Modern 14 hanya pada harga RM1,899 sahaja.

Tetapi anda kena cepat kerana tawaran harga istimewa untuk komputer riba itu hanya terhad kepada 25 pembeli terawal sahaja.

Selain itu, MSI turut akan menawarkan monitor mereka yang dijual bermula dari RM339 dengan pakej terhad percuma dalam kuantiti terhad.

Malah anda boleh dapatkan peranti permainan yang dijual serendah RM9 sahaja.

Sambar ‘Laptop’ MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini
Sambar ‘Laptop’ MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini

MSI menyatakan, stor konsep mereka akan menjadi syurga bagi peminat PC menerusi pelbagai model komputer riba, monitor, aksesori dan banyak lagi yang terdapat di MSI Concept Store.

Berkaitan

  • Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 - 2024
  • Canon Lancar Stor Rasmi, Diskaun Sehingga 43%
  • Telefon POCO 5G Berharga Bawah RM500 Untuk Minggu Ini Sahaja

Sumber: Siaran media MSI

(Beli pelbagai produk MSI secara dalam talian di stor rasmi MSI Malaysia Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY