Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon Lancar Stor Rasmi, Diskaun Sehingga 43%

Canon Lancar Stor Rasmi, Diskaun Sehingga 43%

Diterbitkan Ogos 21, 2023 · Dikemas kini Ogos 21, 2023 oleh ariff bukhari

Canon Marketing Malaysia (“Canon”) melancarkan E-Store sebagai platform beli-belah dalam talian bersepadu yang menawarkan kemudahan dan ketersediaan sepanjang masa.

E-Store baharu ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai produk Canon secara dalam talian bagi membeli rangkaian penuh kamera, kanta, pencetak dan pelbagai produk terbaharu syarikat itu dari satu tempat.

Pembeli dalam talian boleh membeli produk Canon tulen dengan mudah kerana kedai ini beroperasi 24/7 dan turut menawarkan khidmat penghantaran depan pintu, juga menyediakan waranti selepas jualan dan jaminan kualiti.

canon stor
E-Store Canon menampilkan rangkaian penuh produk Canon daripada pencetak inkjet dan laser yang bersesuaian untuk pejabat rumah serta perusahaan kecil hingga sederhana kepada kamera gred profesional.

Semua kaedah pembayaran utama termasuk kad kredit, perbankan dalam talian dan Touch ‘N Go diterima demi kemudahan pengguna.

Sempena pelancaran E-stor ini juga, Canon akan menawarkan siskaun eksklusif sehingga 43% buat beberapa pencetak dan kamera terbaharu untuk masa yang terhad sahaja. 

[1] The E-Store offers convenience and round-the-clock availability, bringing Canon’s range of products closer to its customers.

Menerusi pembelian model kamera serta pencetak terpilih dalam talian itu juga, pembeli akan menerima barangan Canon seperti pelindung matahari, buku nota dan topi EOS R.

1 Canon The E-Store offers convenience and round-the-clock availability, bringing Canon’s range of products closer to its customers.

Kempen ini akan bermula dari jam 3 petang pada 22 Ogos 2023 dan berakhir pada jam 3 petang pada 25 Ogos 2023.

Berkaitan

  • SPRINT Dan LDP Kini Terima Pembayaran Dengan Kad Debit, Kredit
  • Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 - 2024
  • Pengguna Shell Kini Boleh Bayar Isian Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia

Sumber: Siaran media Canon

(Beli pelbagai produk Canon di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY