Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 – 2024

Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 – 2024

Diterbitkan Ogos 21, 2023 · Dikemas kini Ogos 21, 2023 oleh ariff bukhari

Persatuan Pakar Pengimejan dan Bunyi (EISA) menobatkan telefon pintar HONOR 90 sebagai telefon pintar belian terbaik untuk tahun 2023 – 2024.

EISA menyatakan, HONOR 90 melebihi jangkaan untuk spesifikasi yang ditawarkan oleh sebuah telefon pintar pada harganya.

Walaupun di pasaran kelas pertengahan, HONOR 90 mempunyai ciri yang biasa dilihat dalam reka bentuk telefon flagship, terutamanya skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar 120Hz yang terang dan tajam.

Malah ia dilengkapi dengan 3 kamera menerusi sensor utama 200MP nya untuk fotografi berkualiti tinggi serta dimuatkan bateri pengecasan pantas 5000mAh 66W.

Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 – 2024
Inilah Model Telefon Pintar Berbaloi Dibeli 2023 – 2024

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition  untuk menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan stabil, HONOR 90 tersedia dengan sistem MagicOS 7.1 (Berasaskan Android 13).

HONOR 90 secara rasmi telah pun dilancarkan di Malaysia dalam bulan Julai 2023 lalu dengan 2 varian iaitu 12GB+256GB (RM1,799) dan 12GB+512GB (RM2,099).

Berkaitan

  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • Huawei Watch Ultimate Menang Anugerah Jam Pintar Premium EISA
  • Rezeki Ceburi AI, Pendapatan NVIDIA Melonjak 1000%

Sumber: EISA

(Beli HONOR 90 di Shopee dan Lazada sekarang)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY