Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk cloud

Sam Altman Langsung Tak Berminat Dengan Tawaran Elon Musk Nak Beli OpenAI

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh Amsyar Latif

Elon Musk bersama kumpulan pelabur telah mengemukakan tawaran bernilai $97.4 bilion untuk mengambil alih OpenAI, tetapi CEO syarikat itu, Sam Altman, menolaknya tanpa banyak pertimbangan.

Dalam temu bual dengan CNBC, Altman menyatakan bahawa beliau tidak mengambil tawaran Musk dengan serius dan menganggap ia sekadar usaha untuk “melambatkan pesaing” supaya Musk dapat mengejar perkembangan teknologi AI yang sedang dipacu oleh OpenAI.

Screenshot 2025-02-12 at 4.05.53 PM
Foto: Sam Altman

Musk, yang kini mengendalikan syarikat AI xAI dengan chatbot Grok, berkata OpenAI perlu kembali kepada pendekatan sumber terbuka dan keselamatan seperti dahulu. Namun, Altman jelas tidak berminat untuk menjual syarikat itu kepada Musk.

Altman turut menyindir Musk berhubung dakwaan bahawa OpenAI tidak mempunyai dana mencukupi untuk projek infrastruktur AI Stargate yang diumumkan bulan lalu.

Beliau merujuk kepada insiden “funding secured” pada 2018, di mana Musk pernah mendakwa sudah mendapatkan dana untuk menjadikan Tesla syarikat persendirian – satu kenyataan yang akhirnya menyebabkan beliau disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Buat masa ini, OpenAI kekal di bawah kawalan Altman, dan jelas beliau tidak berminat untuk menyerahkan syarikat itu kepada Musk.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pengguna Copilot Kini Boleh Akses Model AI Berkuasa Daripada ChatGPT Secara Percuma
  • OpenAI o3-mini Kini Boleh Diakses Semua Pengguna ChatGPT
  • ChatGPT Di WhatsApp Sokong Muat Naik Imej & Mesej Suara, Hasilnya Begini

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY