Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jadual Perlawanan Fifa World Cup 2026 (1)

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Diterbitkan Jun 11, 2026 · Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh Amalina Athman

Menjelang sepak mula Piala Dunia FIFA 2026, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini mengeluarkan jadual penuh siaran bagi kesemua 104 perlawanan kejohanan itu.

Menerusi Facebook, penyiar nasional itu memaklumkan kesemua 104 perlawanan kejohanan tersebut akan disiarkan menerusi saluran TV Okey (saluran MYTV 110), Sukan+ (saluran MYTV 111), TV2 dan TV1. Selain itu, pengguna juga boleh mengikuti siaran secara penstriman melalui aplikasi RTMKlik.

Jadual yang dikongsikan merangkumi perlawanan dari peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir, sekali gus memudahkan peminat bola sepak merancang waktu tontonan lebih awal.

Bagaimanapun, RTM memaklumkan jadual siaran tersebut tertakluk kepada perubahan semasa. Jadual penuh (94 siaran langsung, 10 siaran tertunda) bersama maklumat saluran siaran bagi setiap perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 boleh dirujuk di bawah.

Peringkat Kumpulan

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage 001

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage1

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage2

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage3

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage4

Jadual Penuh FIFA 2026 RTM_Group Stage 06

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Pusingan 32 (R32)

Jadual Perlawanan FIFA 2026 R32_01

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Pusingan 16 (R16)

Suku Akhir (QF)

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Separuh Akhir (SF)

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM

Penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir

Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM
*sepak mula bermula pukul 5.00pagi
Jadual Penuh Siaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Di RTM
*sepak mula bermula pukul 3.00pagi

Berdasarkan soalan lazim (FAQ) RTM yang dipetik Bernama, pengguna tidak diwajibkan mendaftar akaun untuk menonton kandungan di RTMKlik. Namun begitu, pendaftaran digalakkan bagi mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih baik serta akses kepada ciri tambahan.

Pengguna juga boleh menonton semula perlawanan tertentu menerusi RTMKlik, bergantung kepada jadual yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selain siaran langsung perlawanan, RTM turut menyediakan program khas sepanjang kejohanan termasuk pra-perlawanan, sorotan harian, analisis serta perkembangan terkini Piala Dunia FIFA 2026.

Bagi perlawanan terpilih, RTM menawarkan ulasan dan komentar dalam bahasa Melayu serta bahasa Inggeris. Dalam masa sama, siaran tertentu akan disediakan dalam format definisi tinggi (HD) bergantung kepada platform yang digunakan serta kualiti capaian internet pengguna.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Aplikasi MyGOV Bakal Tawarkan Penstriman Langsung Piala Dunia FIFA 2026
  • Unifi TV Kini Tawar Pas FIFA World Cup 2026 - Pas Musim Bermula RM50
  • Semak Jadual Perlawanan, Saluran Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY