Saintis Menghasilkan Kanta Lekap Dengan Ciri Zum Masuk Dan Keluar

Bayangkan jika tengah memandu, mata anda terkelip 2 kali...


Dilaporkan ahli saintis dari University of California San Diego telah berjaya menghasilkan kanta lekap yang boleh zum masuk apabila dikelipkan mata 2 kali.

Kanta lekap bionik ini dikawal menerusi pergerakan kecil mata termasuklah kelipan bagi mengaktifkan ciri zum masuk dan zum keluar.

Mata manusia secara asasnya memiliki aliran elektrik kecil yang stabil di bahagaian hadapan dan belakangnya, sama ada ketika mata dibuka mahupun ditutup ataupun ketika berada di dalam keadaan gelap gelita.

Setiap kali mata digerak, saintis dapat mengukur arus elektrik yang dihasilkan.

Menurut ketua penyelidik bernama Shengqiang Cai dari universiti itu berkata, walaupun mata tidak dapat melihat (buta), pergerakan bola mata tetap berlaku dan menghasilkan isyarat eletrik yang dikenali sebagai electro-oculographic.

Jadi lensa kanta lekap yang diperbuat daripada bahan polimer itu akan mengembang apabila arus elektrik diaplikasikan ke atasnya.

Ia dikawal menggunakan 5 elektrod yang meliputi mata dan bertindak seakan otot. Arus elektrik menjadikannya cembung sekaligu membolehkan imej di zum masuk.

Para penyelidik berharap teknologi ini mampu menghasilkan mata prostetik atau kamera yang mampu dikawal hanya menggunakan pergerakan mata.

Anda boleh dapatkan info lebih lanjut tentang penyelidikan yang sedang dijalankan ini dalam kertas penyelidikan yang bertajuk 'A Biomimetic Soft Lens Controlled by Electrooculographic Signal'.

Sumber: Independent