Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CP+ 2020

Satu Lagi Acara Teknologi Dibatalkan Berikutan Wabak Covid-19

Diterbitkan Februari 15, 2020 · Dikemas kini Februari 15, 2020 oleh ariff bukhari

Pameran CP+ 2020 pula dibatalkan.

Selepas pameran teknologi MWC 2020 dibatalkan, kini giliran pameran kamera dan photo pula terpaksa dibatalkan.

Pameran Camera and Photo Imaging Show atau CP+ 2020 yang sepatutnya berlangsung di Yokohama, Jepun pada 27 Februari ini telah dibatalkan.

Ia diumumkan oleh pihak Camera & Imaging Products Association (CIPA). Punca kepada pembatalan acara tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada kebimbangan penganjur terhadap penularan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia.

Satu Lagi Acara Teknologi Dibatalkan Berikutan Wabak Covid-19

Acara tersebut yang sepatutnya berlangsung selama 4 hari itu sebelum ini telah dikunjungi oleh lebih daripada 70,000 pengunjung dari 120 buah negara yang meminati industri fotografi pada acaranya tahun lalu.

Setakat ini, Jepun telah merekodkan 1 kematian yang disahkan disebabkan oleh Covid-19. Sekaligus menjadikannya kematian ke-3 di luar China yang berpunca daripada Covid-19 selepas masing-masing 1 kematian direkodkan di Filipina dan Hong Kong.

Manakala kematian di dalam China pula setakat ini telah meragut sebanyak 1,486 nyawa dengan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 64,312 kes.

Sumber: DPReview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY