Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lengkap 2 Dos Vaksinasi COVID-19 Tapi Tiada Sijil Di MySejahtera? Ikuti Langkah Ini

Mustahil Untuk Dipalsukan, Sijil Vaksinasi COVID-19 Menggunakan Teknologi “Blockchain”

Diterbitkan Januari 12, 2022 · Dikemas kini Januari 12, 2022 oleh ariff bukhari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, isu pemalsuan sijil vaksin COVID-19 yang dilaporkan berlaku baru-baru ini bukanlah kerana kelemahan teknologi yang menyebabkan ketulenan sijil vaksin diragui.

Sebaliknya, isu tersebut timbul kerana disebabkan oleh isu integriti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau menegaskan bahawa, sijil vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera menggunakan teknologi terkini “blockchain“. Sekaligus menjadikannya sebagai sesuatu yang mustahil untuk ketulenan sijil tersebut boleh diduplikasi.

Secara ringkasnya, teknologi “blockchain” membolehkan sesuatu transaksi dalam pengkalan data mempunyai rekod dan boleh dijejak.

Data-data yang disimpan dalam “blockchain” pula boleh terdiri daripada sebarang data seperti harta intelektual, pemilikan harta, jenama, paten dan lain-lain.

Teknologi “blockchain” sangat ideal dalam menyampaikan informasi kerana ia menyampaikan informasi dengan segera dan dijamin selamat.

Ekoran daripada isu pemalsuan sijil vaksin COVID-19, pihak berkuasa telah mula menjalankan siasatan dengan menahan seorang doktor klinik swasta di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Sumber:  IBM , BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY