Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic 6 Pro

Teknologi Bateri Honor Magic6 Pro Bolehkan Ia Bertahan Di Angkasa

Diterbitkan Februari 5, 2024 · Dikemas kini Februari 8, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam bulan Januari lepas Honor Magic6 Pro telah pun dilancarkan untuk pasaran China.

Antara spesifikasi yang menjadi perhatian pada telefon pintar terbaru ini adalah ia dilengkapi skrin LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta maksimum kecerahan 1800 nit dan sehingga 5000 nit untuk kandungan HDR.

Terkini, HONOR memperlihatkan keupayaan Honor Magic6 Pro yang selamat dalam perjalanan ke angkasa.

Screen Shot 2024-02-05 at 12.31.23 PM
Magic 6 Pro dimuatkan kapasiti bateri 5,600mAh dengan sokongan pengecasan 80W berwayar dan 66W tanpa wayar

Pencapaian itu dapat dicapai kerana teknologi bateri baharu yang dimuatkan dalam peranti tersebut.

Honor Magic6 dan Magic6 Pro dimuatkan dengan bateri karbon silikon generasi kedua yang berupaya memberikan ketahanan yang luar biasa.

Membolehkannya bertahan pada altitud tinggi dan suhu sejuk melampau walau berada berjam-jam lamanya di angkasa yang sejuk dengan suhu serendah -20 darjah celsius.

PhoneBuff HONOR Magic6 Pro Extreme Battery Test

Honor Magic6 Pro juga dilengkapi kamera 180MP lensa periskop telefoto dengan sensor 1/1.49″, apertur f/2.6 yang menyokong 2.5x zum optikal dan 100x zum digital. Terdapat juga lensa 50MP utama (apertur boleh ubah f/1.4-f/2.0) dengan sokongan OIS dan 50MP ultra lebar.

Honor Magic 6 Pro_1
Honor Magic 6 Pro dijana cip SD 8 Gen 3.

Selain itu, ia turut menyokong sambungan satelit, rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68 serta menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Barisan siri Honor Magic 6 termasuklah versi Pro dijangka akan menemui peminatnya di Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP
  • realme 12 Pro+ 5G Guna Teknologi Lensa Periskop Setanding 'Flagship'
  • Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau

Sumber: Siaran Media HONOR

Beli barisan produk HONOR di stor rasmi:

Shopee – https://invl.io/clkowk7

Lazada – https://invol.co/clkowki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY