Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semak Status Halal Lebih Mudah Dengan Imbas Kod QR Pada Aplikasi SmartHalal

Teknologi AI Bakal Digunakan Bagi Permudah Prosedur Luluskan Permohonan Sijil Halal 

Diterbitkan Januari 18, 2024 · Dikemas kini Januari 18, 2024 oleh ariff bukhari

Bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI).

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, perkara yang paling rumit dalam prosedur meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

“Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan AI ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat,”

Jadi, teknologi AI akan membantu JAKIM terutama dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Beliau turut memaklumkan bahawa, pensijilan Halal Malaysia diiktiraf dan dihormati dunia di mana kita mengekalkan kedudukan di tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut.

Berkaitan

  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Siri Galaxy S24 Naik Harga, Ini Perbandingan Dengan Galaxy S23
  • Google Perkenal Ciri 'Circle To Search' - Buat Carian Tanpa Bertukar Aplikasi

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY