Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Nuklear Negara Akan Digunakan Secara Aman

Teknologi Nuklear Negara Akan Digunakan Secara Aman

Diterbitkan September 20, 2023 oleh ariff bukhari

Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 telah dilancarkan hari ini. Ia merupakan agenda negara bagi mengarus perdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memulihara sumber asli dan alam sekitar.

“DTNN 2030 ini merupakan dasar yang signifikan dalam usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk merangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga tahun 2030.” Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

DTNN 2030 menggariskan enam (6) Sektor Fokus Utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear iaitu:-

  1. perubatan dan penjagaan kesihatan;
  2. makanan dan pertanian;
  3. pembuatan peranti dan peralatan;
  4. pengurusan alam sekitar dan sumber asli;
  5. aplikasi perindustrian; dan
  6. keselamatan dan sekuriti nuklear

Teknologi nuklear yang dikategorikan sebagai teknologi tinggi, akan diletakkan di bawah rangka kerja tadbir urus di bawah MOSTI untuk pelaksanaan dasar.

Manakala Nuklear Malaysia akan bertindak sebagai agensi penyelaras untuk platform kerjasama nasional termasuk projek strategik berkaitan teknologi nuklear.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Kerajaan Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga
  • Malaysia Rancang Bina Tapak Pelancar Roket Angkasa Lepas

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY