Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opera 60 Adalah Aplikasi Pelayar Pertama Yang Menyokong Teknologi Web 3

Opera 60 Adalah Aplikasi Pelayar Pertama Yang Menyokong Teknologi Web 3

Diterbitkan April 16, 2019 oleh ariff bukhari

Penambahbaikan terhadap ciri VPN dan penghalang iklan terbina dalam menjadikan pelayar dengan kod nama Reborn 3 kini lebih pantas dan selamat melayari internet.

Beberapa hari yang lalu, aplikasi pelayar Opera telah dikemaskini kepada versi 60. Menggunakan kod nama Reborn 3, Opera 60 adalah pelayar sesawang pertama yang dibangunkan menggunakan teknologi Web 3.

Teknologi Web 3 menjadikan Opera sebagai sebuah aplikasi pelayar yang menyokong ciri mata wang digital seperti cryptocurrencies, blockchains dan memperluaskan keupayaan sesebuah laman sesawang yang pengguna semua gunakan hari ini.

Opera 60 Adalah Aplikasi Pelayar Pertama Yang Menyokong Teknologi Web 3
Teknologi Web 3 membolehkan pengguna melayari dan membuat transaksi internet berasaskan blockchain bagi pengurusan mata wang digital masa hadapan.

Antaramuka yang lebih moden

Selain penggunaan teknologi terbaru, Opera turut mengalami perubahan reka bentuk antaramuka kepada rekaan yang lebih moden di mana pengguna kini boleh memilih menggunakan Reborn 3 ini dalam mod cerah ataupun mod gelap.

Reborn 3 juga mengubah kedudukan Easy Setup di mana pengguna lebih mudah mengakses tetapan-tetapan utama yang ada pada aplikasi ini seperti Appearance, Features, Wallpapers dan lain-lain.

Opera 60 Adalah Aplikasi Pelayar Pertama Yang Menyokong Teknologi Web 3
Lokasi butang ciri snapshot juga diubah ke bahagian ruang URL yang lebih mudah dicapai.

Aplikasi pelayar Opera 60 (v60.0.3255.27) aka Reborn 3 ini boleh dimuat turun secara percuma terus dari laman muka rasmi Opera.com untuk komputer yang menggunakan sistem operasi macOS, Windows dan Linux serta peranti Android.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY