Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Hadir Dengan Paparan LCD 32″ 4K Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Dolby Vision

ASUS Hadir Dengan Paparan LCD 32″ 4K Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Dolby Vision

Diterbitkan Ogos 8, 2019 · Dikemas kini Ogos 8, 2019 oleh ariff bukhari

Paparan untuk pengguna profesional.

Asus telah perkenalkan monitor terbaru mereka yang menyokong teknologi Dolby Vision  khusus untuk pengguna profesional. Model monitor Asus PA32UCX bersaiz 32″ ini juga merupakan paparan pertama di dunia yang menyokong teknologi tersebut.

Asus PA32UCX merupakan sebuah monitor bersaiz 32″ yang menggunakan panel LCD 4K HDR (3840×2160) serta dilengkapi dengan miniLED backlight. Kadar cerahannya pula mampu ditetapkan sehingga 1200nits.

ASUS Hadir Dengan Paparan LCD 32″ 4K Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Dolby Vision
Panel LCD yang digunakan pada monitor Asus ini dibangunkan oleh JOLED, iaitu kerjasama antara pihak Japan Display, Sony dan Panasonic.

Monitor profesional yang menyasarkan pengguna yang terlibat dalam industri kreatif seperti penyunting video dan editor warna  ini dilengkapi dengan sambungan HDMI 2.0, DisplayPort 1.2, dan Thunderbolt 3 USB-C.

Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang makluman berkaitan harga serta bilakah ia akan mula ditawarkan kepada pengguna. Tetapi dijangka Asus PA32UCX ini akan menjengah pasaran pada tahun ini juga.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi monitor Asus terbaru ini, sila layari laman muka ASUS ProArt PA32UCX.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY