Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bimbangkan Bakteria? Gunakan Aksesori Telefon Pintar Yang Dilengkapi Teknologi Anti Bakteria

Bimbangkan Bakteria? Gunakan Aksesori Telefon Pintar Yang Dilengkapi Teknologi Anti Bakteria

Diterbitkan April 10, 2020 oleh ariff bukhari

Antara aksesori telefon pintar yang mampu menghindarkan bakteria dari terus melekat dan membiak pada peranti anda.

Tahukah anda bahawa telefon pintar adalah 10 kali ganda lebih banyak mengandungi bakteria berbanding yang ada di atas tandas duduk?

Ia adalah hasil penemuan daripada kajian yang dibuat oleh penyelidik dari University of Arizona dalam tahun 2012 dahulu.

Jadi pengguna telefon pintar amat dinasihatkan supaya kerap membersihkan telefon pintar mereka supaya tiada bakteria melekat dan terus menjadikannya lubuk untuk mereka membiak.

Walaubagaimanapun dengan teknologi yang ada kini, pengeluar-pengeluar telefon pintar telah berjaya menghasilkan aksesori dengan teknologi anti bakteria.

Berikut adalah antara aksesori telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi anti bakteria yang boleh didapati di pasaran sekarang.

1. Otterbox

Otterbox adalah pengeluar aksesori telefon pintar premium yang ada menawarkan barisan aksesori dengan ciri anti bakteria kepada pengguna telefon pintar Samsung Galxy dan Apple iPhone.

Sebagai Contoh, aksesori skrin pelindung untuk iPhone 11 Pro dari Otterbox ini adalah yang pertama didaftarkan dengan agensi EPA Amerika Syarikat (Environmental Protection Agency).

Bimbangkan Bakteria? Gunakan Aksesori Telefon Pintar Yang Dilengkapi Teknologi Anti Bakteria
iPhone 11 Pro Amplify Glass Antimicrobial Screen Protector.

Anda boleh melihat barisan aksesori dengan ciri anti bakteria dari laman rasmi Otterbox.

2. Speck

Satu lagi pengeluar aksesori telefon pintar popular yang turut menawarkan aksesori pelindung dengan ciri anti bakteria adalah dari jenama Speck.

Speck telah bekerjasama dengan Microban yang merupakan pelopor dalam teknologi anti bakteria.

Menerusi kerjasama itu, mereka menawarkan aksesori pelindung dengan ciri anti bakteria bagi barisan model telefon pintar seperti samsung Galaxy 10, iPhone 11 dan Google Pixel 4.

Speck mendakwa aksesori anti bakteria mereka itu mampu mengurangkan sehingga 99% bakteria dari telefon pintar.

Bimbangkan Bakteria? Gunakan Aksesori Telefon Pintar Yang Dilengkapi Teknologi Anti Bakteria
Aksesori pelindung Presidio Pro untuk iPhone 11.

Layari laman rasmi Speck bagi melihat barisan aksesori dengan teknologi anti bakteria bagi model-model telefon pintar yang lain.

3. Zagg

Selain Speck, pengeluar aksesori dari jenama Zagg juga ada menawarkan aksesori telefon pintar dengan teknologi anti bakteria.

Ia ditawarkan menerusi aksesori Glass Elite VisionGuard+. Walaubagaimanapun ia hanya ada ditawarkan untuk barisan model telefon pintar iPhone 11, iPhone X dan Google Pixel 4 sahaja.

4. tech 21

Aksesori dari tech 21 pula menerusi kategori produk Antimicrobial Phone Cases ada ditawarkan untuk barisan model telefon pintar Apple iPhone, Samsung Galaxy, Google Pixel, Motorola dan Huawei.

Malah turut menawarkan aksesori dengan ciri anti bakteria bagi AirPods dan iPod touch.

Kelainan yang ada pada aksesori tech 21 adalah formula unik aksesori tersebut yang menyah bakteria dari aksesori peranti dalam tempoh 15 minit hingga 24jam

5. PhoneSoap

PhoneSoap pula adalah aksesori khas bagi sanitasi telefon pintar. Kebiasanya, anda melakukan proses sanitasi dengan lap telefon pintar dengan bahan sanitasi.

Tetapi dengan peranti PhoneSoap, anda hanya perlu meletakkan telefon pintar ke dalam peranti tersebut dan biarkan peranti PhoneSoap melakukan proses sanitasi UV secara automatik.

https://www.youtube.com/watch?v=-xDgmJ5Yg-M&feature=emb_logo

Sebanyak 5 versi peranti sanitasi PhoneSoap tawarkan iaitu PhoneSoap Wireless, PhoneSoap Go, PhoneSoap 3, PhoneSoap Pro dan HomeSoap.

Walaubagaimanapun, kesemua peranti santiasi tersebut hanya boleh di pra tempah sahaja.

Untuk info lanjut tentang barisan produk terbaru dari PhoneSoap ini, layari laman rasmi PhoneSoap.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY