Pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Makmal Rangkaian Fotonik di Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NICT) Jepun telah menunjukkan keupayaan sistem komunikasi serat optik dengan kapasiti penghantaran data bersaiz 336 Tb/s menerusi satu sumber cahaya.
Sebagai perbandingan, jika menggunakan sistem komunikasi optik komersial dengan kapasiti penghantaran yang sama menggunakan kaedah konvensional, ia memerlukan sebanyak 200 modul transponder, termasuk sumber cahaya terbina dalam bebas melalui jalur O, E, S, C, L dan U (jalur frekuensi 40 THz).
Walau bagaimanapun, dalam demonstrasi ini, para penyelidik hanya memerlukan satu sumber cahaya sahaja.
Jadi, penyelidikan ini menyerlahkan bagaimana sistem itu boleh mengatasi transponder optik komersial semasa hampir 200 kali ganda dalam kapasiti penghantaran.
Kajian ini akan mempercepatkan pengkomersialan sistem komunikasi optik jalur S, C, dan L tanpa memerlukan sumber cahaya jalur S kompak yang tersedia secara komersial, sekali gus mengurangkan kos dengan menyederhanakan sistem.
Hasil eksperimen ini telah dibentangkan di Persidangan Komunikasi Serat Optik ke-47 (OFC 2024) pada 28 Mac 2024 lalu.
{suggest}
Sumber: NICT