Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Cipta Lipas ‘Cyborg’, Boleh Bantu Kesan Mangsa Terperangkap Bawah Runtuhan

Saintis Cipta Lipas ‘Cyborg’, Boleh Bantu Kesan Mangsa Terperangkap Bawah Runtuhan

Diterbitkan September 23, 2022 · Dikemas kini September 23, 2022 oleh Amalina Athman

Saintis Jepun baru-baru ini telah mencipta lipas ‘cyborg’ yang berperanan untuk mengesan mangsa terperangkap di bawah runtuhan, terutamanya ketika berlaku bencana gempa bumi.

Melalui penyelidikan yang dilakukan, lipas cyborg itu dipasang dengan sebuah ‘bag galas’ yang mengandungi sel solar dan elektronik dengan kawalan pergerakan melalui alat kawalan jauh.

Berkaitan

  • Saintis Berjaya Cipta Bateri Daripada Kulit Ketam
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Saintis Kenjiro Fukuda dan pasukannya di Makmal Peranti Filem Nipis di Pusat Penyelidikan Riken, membangunkan filem sel suria dengan ketebalan 4 mikron atau kira-kira 1/25 lebar rambut manusia, dan boleh dimuatkan dalam perut serangga.

Dengan menggunakan sel filem itu, ia membolehkan lipas tersebut bergerak bebas sementara sel solar menjana kuasa yang secukupnya untuk memproses dan menghantar isyarat ke organ deria di bahagian belakangnya.

Dinyatakan, penghasilan lipas cyborg ini adalah berdasarkan eksperimen kawalan serangga sebelumnya di Universiti Teknologi Nanyang di Singapura. Berkemungkinan pada masa akan datang, ia membolehkan serangga itu memasuki kawasan berbahaya dengan lebih cekap berbanding robot.

Buat masa ini, kajian tersebut masih berada di peringkat awal dan pelbagai cabaran perlu dihadapi. Antaranya termasuk untuk mengecilkan komponen supaya serangga boleh bergerak dengan lebih mudah serta membenarkan pemasangan penderia dan juga kamera.

Selain lipas cyborg, penggunaan filem sel suria juga boleh diperluaskan untuk dibina ke dalam pakaian atau tampalan di kulit, bagi tujuan pemantauan tanda-tanda vital.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY