Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 9 Pro Tersenarai Dalam Android Enterprise Recommended

Redmi Note 9 Pro Tersenarai Dalam Android Enterprise Recommended

Diterbitkan Ogos 27, 2020 · Dikemas kini Ogos 27, 2020 oleh Amalina Athman

Android Enteprise Recommended (AER) adalah satu program yang dibangunkan pada dua tahun lalu untuk memudahkan syarikat memilih peranti Android yang terbaik untuk para pekerja mereka.

Untuk melayakkan peranti itu tersenarai ke dalam program ini, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi termasuk penyediaan patch sekuriti terbaru dalam masa 90 hari hingga 3 tahun selepas dikeluarkan.

Redmi Note 9 Pro Tersenarai Dalam Android Enterprise Recommended

Sehingga kini, Google telah menyenaraikan lebih 150 peranti dari pelbagai pengeluar. Terbaru, Redmi Note 9 Pro telah disenaraikan dalam Android Enterprises Recommended dan merupakan peranti keempat Xiaomi yang tersenarai. Redmi Note 9 Pro juga merupakan peranti bukan Android One pertama dari Xiaomi yang tersenarai dalam program ini.

Bagi anda yang belum tahu, Redmi Note 9 Pro merupakan peranti yang dijana cip pemproses Snapdragon 720G dan menjalankan MIUI 11 berasaskan Android 10.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY