Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
be right back apple

Menjelang Acara Pelancaran Malam Ini, Apple Store Kini Ditutup Sementara

Diterbitkan September 7, 2022 · Dikemas kini September 7, 2022 oleh Amalina Athman

Menjelang acara khas yang akan berlangsung awal pagi nanti, aplikasi Apple Store dan laman web Apple kini ditutup buat sementara waktu (offline). Ianya adalah bagi melakukan kemas kini produk baharu di Apple Store, selain memberi laluan kepada acara pelancaran itu kelak.

Berkaitan

  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar

Bukan perkara biasa, Apple secara tradisi akan menutup laman web dan Apple Store buat sementara waktu setiap kali melakukan kemas kini utama bagi penawaran peranti di bawah jenamanya.

apple event

Mengenai acara pelancaran itu nanti, Apple akan memperkenalkan beberapa produk termasuk empat model iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Turut dijangka adalah pengumuman tiga model Apple Watch dan AirPods Pro generasi baharu.

Sehingga itu, nantikan acara Apple yang akan berlangsung hanya beberapa jam dari sekarang. Bagi yang ingin menonton, penstriman langsung boleh dilakukan melalui Youtube atau laman web Apple pada jam 1pagi, 8 September mengikut waktu tempatan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY