Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ruangan Komen Di Instagram Kini Menyokong Animasi GIF

Ruangan Komen Di Instagram Kini Menyokong Animasi GIF

Diterbitkan Mei 18, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi pengguna Instagram, pastinya tahu animasi GIF boleh ditambah pada IGStory. Terbaharu, Meta mengumumkan pengguna Instagram kini boleh meninggalkan komen dalam format animasi GIF, seperti yang ditawarkan di Facebook sejak lebih 6 tahun lalu.

Berkaitan

  • Sesetengah Pengguna Instagram Sudah Boleh 'Tap' Gambar Profil Untuk Saiz Lebih Besar
  • Seumpama Twitter, Meta Perkenal Langganan Pengesahan Berbayar Di Instagram Dan Facebook

Ciri ini telah pun tersedia kepada pengguna global, namun secara berperingkat. Menerusinya, pengguna boleh memberikan komen berbentuk GIF sama ada di siaran (posts) atau Reels.

INSTAGRAM GIF_1

Untuk makluman, animasi GIF ini diperoleh melalui koleksi Giphy dan boleh diakses dengan menekan pada ikon GIF yang berada di sisi kanan kotak teks ruang komen.

Selain sokongan GIF, Meta turut mengumumkan ciri suntingan baharu di Instagram Reels, iaitu seakan yang ditawarkan pada TikTok.

Instagram Reels_1
Instagram Reels_2
Instagram Reels_3

Dalam beberapa minggu akan datang, pengguna boleh membahagikan (split), mengawal kelajuan atau menggantikan klip video tanpa mengubah masa atau susunan klip, audio atau elemen lain.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY