OnePlus Nord Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1799

Umum mengetahui, OnePlus Nord telahpun dilancarkan pada bulan lalu. Hari ini, OnePlus secara rasmi telah melancarkan OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia.



OnePlus Nord hadir dengan skrin paparan 6.44 inci resolusi Full HD+ AMOLED yang turut menyokong kadar segar semula 90Hz. Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 765G dengan sokongan rangkaian 5G. Ia hadir dengan RAM sehingga 12GB yang digandingkan dengan memori sehingga 256GB.

Pada bahagian skrin, peranti ini dimuatkan dengan rekaan kamera berlubang dua lensa yang terdiri daripada 32MP lensa utama dan 8MP sudut lebar, serta pengimbas cap jari optikal.

Di bahagian belakang pula hadir dengan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada 48MP utama dengan sensor Sony IMX586, 8MP sudut lebar, 5MP depth dan 2MP makro. Ia juga menyokong fungsi mod malam iaitu Nightscape.

Bateri yang dimuatkan berkapasiti 4,100mAh dan menyokong pengecasan pantas ikonik 30W Warp Charge 30T mereka melalui USB-C.



Ia menjalankan antaramuka OxygenOS yang berasaskan Android 10. OnePlus Nord ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx.



Untuk pasaran Malaysia, OnePlus Nord dijual pada harga RM1,799 (8GB/128GB). Jualan dalam talian bagi varian ini akan tersedia pada hari ini, 18 Ogos bermula 1 petang di Shopee (https://invol.co/clyng2). Ia juga boleh didapati melalui pengedar yang sah OnePlus bermula 22 Ogos.



Selain itu, OnePlus turut menawarkan OnePlus Nord Infinite Joy Bundle untuk varian RAM 12GB+256GB pada harga RM2,399. Ia dijual secara bundle bersama OnePlus Buds. Jualan bagi varian ini akan bermula pada 25 Ogos di Shopee (https://invol.co/clyngd).