Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 6

Sesetengah Pengguna Pixel Secara Tidak Sengaja Terima Kemas Kini Android 12

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Google baru sahaja melancarkan Android 13 sebagai sistem operasi terkini mereka. Setakat ini, pengguna peranti Pixel sudah tersedia untuk memuat turun dan mengemaskini Android 13 pada peranti mereka.

Namun, laporan terbaru menyatakan sesetengah pemilik Pixel secara tidak sengaja telah menerima kemas kini Android 12, berbanding kemas kini yang sepatutnya iaitu Android 13.

Berkaitan

  • Bermula Android 13, Telefon Mungkin Sokong Dua Sim Untuk eSIM
  • Google Khabarnya Akan Guna Teknologi Huawei Dalam Android 13
  • Android 13 Rasmi - Lebih Cantik, Lebih Privasi

Kemas kini yang salah itu menunjukkan changelog untuk Android 12 dengan saiz melebihi 2GB. Pada mulanya, kesilapan ini dianggap mungkin hanya isu kosmetik (paparan), dan ia sebenarnya adalah kemas kini Android 13.

kemaskini android 13

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku di mana sekurang-kurangnya seorang pengguna telah memuat turun kemas kini berkenaan dan mendapati masih menggunakan Android 12 selepas kemas kini selesai dilakukan.

Sebahagian besar masalah ini melibatkan peranti Pixel 6 dan 6 Pro, namun tidak terhad untuk dua model berkenaan sahaja, di mana ia turut menjejaskan beberapa peranti Pixel 5a.

Dijangka, Google akan melakukan pembetulan dalam tempoh beberapa hari berikutnya.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY