DOJ mendakwa syarikat itu telah bersikap antikompetitif untuk mengekalkan monopoli dalam perkhidmatan pasaran carian dan pengiklanan.
Dalam tuntutan saman itu, DOJ menyatakan tindakan Google telah merugikan pesaing dan pengguna. Antaranya termasuk isu di mana Google menetapkan produknya sendiri seperti enjin carian Google Search sebagai tetapan default pada telefon pengguna dengan perjanjian eksklusif.
Dengan menghalang pra-pemasangan perkhidmatan pesaing seperti Bing dan Yahoo, Google didakwa telah bersikap tidak adil. Sebagai tambahan, perjanjian dengan Apple turut memberikan kelebihan kepada Google dengan menjadikan enjin carian Search sebagai default pada aplikasi seperti Safari.
https://twitter.com/googlepubpolicy/status/1318557763467882501
Sebagai maklum balas, Google telah mengeluarkan kenyataan yang menekankan bahawa pengguna sentiasa boleh memilih untuk memasang dan menggunakan perkhidmatan dari pesaing.

Tambahnya, perjanjian dengan Apple juga bukanlah eksklusif, malah Microsoft Bing dan Yahoo! juga membayar kepada Apple untuk tujuan yang sama. Ia membolehkan enjin carian di Safari atau Chrome boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna.
Dalam pada itu, tuntutan tersebut kemungkinan akan berlanjutan untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya berjaya, ia mungkin membawa kesan yang besar bagi Google. Malah, ia juga boleh mencetuskan tuntutan undang-undang antimonopoli yang serupa dari lebih banyak negara.
Sumber: DOJ via Android Police
Berkaitan
- Google Assistant Kini Boleh Bacakan Kandungan Laman Web Untuk Anda
- Google Perlihatkan Rekaan Google Nest Baharu
- Google Meet Kini Dikemaskini Dengan Kualiti Panggilan Lebih Baik Dan Mod Low-Light
- Google Sahkan Pixel 5 Akan Diperkenal Pada 30 September Ini
- Google Photos Perkenal Ciri Suntingan Baharu Untuk Peranti Android
- Google Pixel 4a Sah Akan Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 3,140mAh
- Apple, Google Akan Membuang Aplikasi Yang Mempunyai Penjejakan X-Mode
- Microsoft, Google, Cisco, Dell Sertai Facebook Dakwa Syarikat Sekuriti Siber Dari Israel
- Google Mengaktifkan SOS Alert Bagi Carian Berkaitan Coronavirus
- Google Perkenal Android 12 Developer Preview