Saintis China Memperlihatkan Dua Ekor Monyet Betina Yang Dilahirkan Secara Pengklonan

Dolly merupakan seekor kambing biri-biri betina pertama yang berjaya dihasilkan daripada teknologi sains pengklonan pada 1996.

Diramalkan untuk hidup selama 11 ke 12 tahun, ia akhirnya mati pada usia 7 tahun disebabkan beberapa penyakit, salah satunya adalah sakit paru-paru.

Kini, satu lagi berita kejayaan teknologi pengklonan direkodkan sekumpulan saintis dari China dimana mereka berjaya menghasilkan dua ekor monyet berekor panjang, menerusi teknik yang sama digunakan pada Dolly.

Zhong-zhong dan Hua-Hua, telah dilahirkan lapan dan enam minggu lalu dan ini merupakan primat pertama yang berjya diklonkan dari sel bukan embrio.

https://www.youtube.com/watch?v=a6KvR1p60mQ

Kejayaan ini dicapai melalui proses yang dipanggil sebagai SCNT (Somatic Cell Nuclear Transfer),  dimana nukleus dibuang dari telur yang sihat dan menggantikannya dengan nukleus dari sel badan yang lain. Klon akan menjadi sama seperti makhluk yang menyumbang nukleus gantian tersebut.

Menurut salah seorang saintis, mereka mencuba beberapa kaedah, namun hanya satu kaedah sahaja yang berjaya. Sehingga sekarang, teknik yang digunakan ini sudah mengklonkan lebih dari 20 spesis haiwan seperti anjing, babi, dan kucing tetapi agak sukar bagi jenis primat.

Ada beberapa pihak berpendapat, dengan terhasilnya kejayaan pengklonan primat ini, dunia sudah menghampiri kepada penemuan untuk menghasilkan manusia klon.

Sumber: NBC News