Sekumpulan saintis dari Australia dan Israel dilaporkan sedang berusaha mencari jalan untuk menanam tumbuhan di bulan menjelang 2025.
Penyelidikan itu digerakkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Organisasi Lunaria One.
Salah seorang ahli saintis itu bernama Brett Williams, ahli biologi tumbuhan dari Universiti Teknologi Queensland berkata, benih tumbuhan itu akan dibawa oleh kapal angkasa Beresheet 2 iaitu misi persendirian Bulan oleh Israel.
Beliau berkata, jenis tumbuhan yang akan dipilih adalah berdasarkan seberapa baik ia mampu menghadapi keadaan yang melampau dan seberapa cepat pula ia bercambah.
{suggest}
Ahli biologi itu menerangkan, selepas mendarat di atas permukaan Bulan, tumbuhan itu akan disiram di dalam ruang tertutup dan dipantau untuk tanda-tanda percambahan dan pertumbuhan.
“Projek itu adalah langkah awal ke arah menanam tumbuhan untuk pengeluaran makanan, ubat dan oksigen, yang semuanya penting untuk mewujudkan kehidupan manusia di bulan,” kata penyelidik dalam satu kenyataan.
Profesor Madya Caitlin Byrt dari Universiti Nasional Australia di Canberra berkata, penyelidikan itu juga relevan dengan kebimbangan keselamatan makanan yang didorong oleh perubahan iklim.
“Jika anda boleh mencipta sistem untuk menanam tumbuhan di Bulan, maka anda boleh mencipta sistem untuk menanam makanan dalam beberapa persekitaran yang paling mencabar di Bumi,” kata Byrt dalam satu kenyataan.
Sumber: Phys