Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Saham Netflix Jatuh 8%, Prestasi Kewangan Kecewakan Pelabur

Diterbitkan Julai 17, 2026 · Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh ariff bukhari

Saham Netflix jatuh sehingga 8 peratus pada Khamis selepas prestasi kewangannya mengecewakan pelabur yang sedia bimbang tentang kadar pelibatan  yang semakin perlahan di platform gergasi penstriman itu.

Syarikat yang berpangkalan di Los Gatos, California itu kini berdepan persaingan sengit daripada YouTube, TikTok, dan penyedia kandungan berformat pendek (short-form) yang lain.

Netflix mencatatkan keuntungan bersih sebanyak $3.4 bilion antara April dan Jun, peningkatan lebih daripada 9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatannya pula mencecah $12.56 bilion, sedikit di bawah unjuran para penganalisis.

Jumlah itu mewakili peningkatan sebanyak 13.4 peratus berbanding tahun sebelumnya—kadar pertumbuhan terendah dalam tempoh hampir tiga tahun.

Syarikat itu menjangkakan pertumbuhan akan terus perlahan pada suku ketiga dengan anggaran kadar 11.7 peratus, sekali gus menjelaskan punca keresahan yang berlaku di Wall Street.

Netflix tidak lagi menerbitkan kemas kini mengenai bilangan pelanggannya sejak suku pertama tahun 2025, selepas menganggap metrik yang dahulunya diperhatikan rapat itu kini terlalu tidak menentu.

Walau bagaimanapun, platform tersebut melaporkan bahawa para pelanggan meluangkan masa sebanyak 97 bilion jam menonton kandungan pada separuh pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

‘Kandungan Baharu’

Syarikat itu telah mula mempelbagaikan kandungannya—paling terbaharu melalui video berformat lebih pendek—selepas meluaskan penawaran ke dalam acara siaran langsung, audio siar (podcast), dan permainan video.

“Kami akan terus memperluaskan kepelbagaian tawaran hiburan kami—anda akan melihat kami melancarkan jenis kandungan baharu seperti siaran langsung, video, audio siar, awan (cloud), dan permainan TV,” kata rakan CEO Netflix, Greg Peters, semasa sesi panggilan bersama penganalisis pada petang Khamis.

“Semuanya memainkan peranan berbeza dalam portfolio kami untuk menyokong keperluan pelanggan yang pelbagai,” katanya.

Netflix telah menandatangani perjanjian pelesenan pada Julai dengan beberapa penerbit media untuk kandungan video berformat pendek dalam usahanya menyaingi TikTok dan YouTube.

Bermula 3 Ogos, pelanggan Netflix di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia, dan New Zealand akan mula mendapat akses kepada kandungan berdurasi sekurang-kurangnya dua minit daripada Penske Media, BuzzFeed Studios, Conde Nast, Hearst Magazines, dan People Inc.

YouTube telah memotong Netflix dalam purata masa tontonan harian pada tahun 2025, menurut firma penyelidikan Digital i, yang dipetik oleh TechCrunch.

TikTok pula mula merapatkan jurang berkenaan pada tahun 2024, apabila golongan dewasa di AS meluangkan masa di aplikasi itu hampir sama banyak dengan masa yang dihabiskan untuk menonton Netflix, menurut data eMarketer.

Namun, Netflix menegaskan bahawa mereka masih mempunyai ruang untuk berkembang.

“Kami sedang menghiburkan penonton yang menghampiri satu bilion orang dan masih terdapat banyak ruang untuk berkembang dalam pasaran berpotensi kami bagi setiap ukuran… Kami menganggarkan bahawa kami baru merangkumi kira-kira 5 peratus daripada keseluruhan syer tontonan TV secara global,” kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Netflix, Spencer Neumann pada Khamis.

Pada Februari, Netflix membatalkan usaha untuk membeli Warner Bros. Discovery selepas perang bidaan yang sengit menentang Paramount Skydance, yang akhirnya bersetuju untuk membeli syarikat hiburan itu dalam satu perjanjian bernilai $110 bilion termasuk hutang.

Pada Mac pula, persembahan secara langsung oleh kumpulan K-pop BTS berjaya menarik lebih 18 juta penonton, menurut Netflix.

Siri animasi popularnya, “KPop Demon Hunters“, turut memenangi anugerah Oscar bagi kategori filem animasi terbaik tahun ini.

Netflix sebelum ini telah melancarkan pelan langganan disokong iklan pada tahun 2022, namun tetap tidak menawarkan sebarang pilihan percuma. – AFP

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kandungan Netflix Korea Selatan Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia
  • EU Jawab Mengapa Pendaftaran Nama Tanda Dagangan OpenAI Ditolak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY