Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kandungan Netflix Korea Selatan Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia

Kandungan Netflix Korea Selatan Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia

Diterbitkan Jun 18, 2026 oleh ariff bukhari

Analisis baharu oleh Omdia dan Digital i mendedahkan bahawa kandungan Korea Selatan menjadi tontonan paling popular di Netflix di luar Amerika Syarikat, dengan mencatatkan 12.1 bilion jam tontonan global antara April 2025 hingga Mac 2026.

Angka ini mengatasi kandungan Jepun sebanyak 44% dan hampir dua kali ganda berbanding kandungan dari United Kingdom, sekali gus menunjukkan betapa berpengaruhnya produksi Korea Selatan dalam industri penstriman global.

“Menjana 12.1 bilion jam tontonan Netflix dalam satu tahun menunjukkan skala permintaan antarabangsa untuk produksi Korea dan menonjolkan kepentingan yang semakin meningkat dalam industri kandungan global.” Maria Rua Aguete, Ketua Media & Hiburan di Omdia.

Kejayaan ini didorong oleh siri dan filem terkenal seperti *Squid Game*, *Daehongsu (The Great Flood) dan Pokssak Sog-atsuda (When Life Gives You Tangerines) yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Menurut Maria Rua Aguete, Ketua Media & Hiburan Omdia, pencapaian ini membuktikan kekuatan ekosistem kandungan Korea yang menggabungkan penceritaan mantap, kualiti produksi tinggi serta strategi pengedaran global yang berkesan.

“Apa yang bermula dengan sebilangan kecil hit global seperti Squid Game telah berkembang menjadi ekosistem kandungan yang mampan yang mampu memberikan kejayaan antarabangsa merentasi pelbagai genre,” Konsistensi itu membantu Korea mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran penstriman global.” kata Rua Aguete.

Kandungan Netflix Korea Selatan Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia

Fenomena ini mencerminkan perubahan besar dalam industri hiburan, di mana penonton semakin menerima cerita tanpa mengira bahasa atau geografi.

Korea Selatan kini bukan sahaja menghasilkan kejayaan sekali sahaja, tetapi telah membina ekosistem kandungan mampan yang konsisten melahirkan karya berimpak global merentasi pelbagai genre, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai kuasa budaya global dalam era penstriman.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Netflix Diramal Capai 400 Juta Pelanggan Menjelang 2031
  • Taliban Haramkan Semua Kakitangan Kerajaan Guna Telefon Pintar, Pemimpin Tertinggi Dikecualikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY