Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, OpenAI

EU Jawab Mengapa Pendaftaran Nama Tanda Dagangan OpenAI Ditolak

Diterbitkan Julai 16, 2026 ยท Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh ariff bukhari

OpenAI, pemilik bot sembang ChatGPT, pada Rabu kalah dalam rayuannya terhadap keengganan Kesatuan Eropah (EU) untuk mendaftarkan nama syarikat itu sebagai tanda dagangan.

Firma Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini berusaha untuk membatalkan keputusan Pejabat Hartanah Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) yang menerima permohonan perlindungan bagi logo OpenAI, tetapi menolak permohonan untuk namanya.

EUIPO memutuskan bahawa gabungan dua perkataan biasa dalam bahasa Inggeris, iaitu “open” (terbuka) dan “AI” (kecerdasan buatan), boleh menggambarkan banyak aktiviti perniagaan dalam bidang kecerdasan buatan.

Peraturan EU tidak membenarkan pendaftaran tanda dagangan bagi jenama yang hanya menggambarkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Ini kerana kelulusan tersebut akan menyebabkan syarikat pesaing tidak lagi boleh menggunakan istilah-istilah berkenaan dalam pengiklanan mereka.

Walau bagaimanapun, pengecualian dibenarkan bagi syarikat yang dapat membuktikan bahawa mereka telah menggunakan nama tersebut untuk satu tempoh masa yang lama.

Sebelum ini, OpenAI juga telah kalah dalam rayuan awal yang dikemukakan kepada EUIPO.

Mahkamah Keadilan Eropah mengesahkan keputusan tersebut dengan menyatakan bahawa nama OpenAI tidak cukup unik atau mempunyai ciri membeza (distinctive) untuk didaftarkan sebagai tanda dagangan. – AFP

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • UK Akan Sekat Akses Media Sosial Lepas Tengah Malam Untuk Remaja 16 Dan 17 tahun
  • Dakwaan Pengguna Android 'Dipaksa' Guna Carian Google, Switzerland Mulakan Siasatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY