Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital AgTech

Sabah Negeri Kedua Terima Manfaat Terbesar Digital AgTech

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas membawakan Malaysia Digital Agriculture Technology (Digital AgTech) ke Kedah menerusi Jelajah Malaysia Digital (JMD), Kementerian Digital kini melancarkan pula inisiatif itu di Negeri Sabah.

Inisiatif yang diterajui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini mempercepatkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) dalam sektor pertanian, meningkatkan produktiviti dan pendapatan usahawan tani sehingga 20%, serta mengurangkan kos operasi hingga 30%.

Malah Sabah merupakan negeri penerima manfaat Digital AgTech yang kedua terbesar di Malaysia selepas Selangor, dengan lebih 70 sistem Digital AgTech yang diperkasakan dengan teknologi IoT telah dilaksanakan di seluruh negeri Sabah, meliputi semua sub-sektor pertanian, termasuk tanaman, ternakan dan akuakultur pada tahun 2024.

Kementerian Digital memaklumkan, setakat Januari 2025, sebanyak 600 sistem Digital AgTech telah dilaksanakan di seluruh negara dengan 30,000 usahawan tani dilatih untuk mengadaptasi teknologi digital.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MDEC Bawakan AI Dan IoT Ke Utara, Fokus Pemodenan Sektor Pertanian Negeri Kedah
  • Jangan 'Doxxing’, Ia Adalah Salah Satu Bentuk Buli Siber Yang Memudaratkan

Sumber: Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY