Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bentuk buli siber? Salah satunya adalah dikenali sebagai ‘doxing‘ (juga ditulis sebagai doxxing).
Apa itu ‘doxxing’?
Istilah ‘Doxxing‘ adalah singkatan untuk “menjatuhkan dox” ‘dox‘ ialah slanga untuk dokumen.
Budaya penggodam dalam era 90-an telah memendekkan istilah itu daripada “dokumen” kepada dox.
“Menjatuhkan dox” itu merujuk kepada mencari dokumen atau maklumat peribadi (seperti alamat fizikal seseorang) dan mendedahkannya ke dalam talian.
Ringkasnya, doxing di era digital ini membawa maksud tindakan berkongsi maklumat peribadi seseorang dalam talian tanpa kebenaran mereka dengan tujuan berniat jahat.
Ini adalah satu bentuk gangguan dalam talian yang boleh termasuk berkongsi nama, alamat, nombor telefon atau butiran hubungan ahli keluarga seseorang.
Pendedahan info peribadi itu dibuat dengan bertujuan untuk memalukan, mengancam atau membahayakan mangsa.
Selain itu, doxxing juga bertujuan untuk menghukum atau membalas dendam kepada seseorang serta menghasut kebencian.
Doxxing boleh berlaku melalui sumber terbuka daripada pangkalan data awam bagi mendapatkan maklumat, seperti lesen perniagaan, log pendaftaran pengundi dan status perkahwinan.
Ia juga boleh berlaku melalui penggodaman data peribadi atau scam bagi menipu seseorang untuk berkongsi maklumat peribadi mereka.
![](https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/02/13110308/FB_IMG_1739415771515.jpg)
Lindungi diri dari doxxing
Jadi, adalah penting untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa perbuatan doxxing.
Terdapat pelbagai cara bagi melindingi diri anda dari[ada menjadi mangsa doxxing.
Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti privasikan profil media sosial anda, lindungi alamat IP dengan menggunakan servis VPN dan tetapkan ciri pengesahan pelbagai faktor (MFA) untuk akaun sosial media anda.
Adakah doxxing salah di sisi undang-undang?
Secara khususya, doxxing itu sendiri tidak menyalahi undang-undang kerana kebanyakan bidang kuasa tidak mempunyai undang-undang khusus yang melarangnya.
Sebaliknya, kesahihan doxxing ditentukan berdasarkan kes demi kes.
Namun begitu, walaupun mengumpul atau menerbitkan maklumat yang tersedia secara umum jarang dianggap sebagai jenayah, terdapat kesalahan lain yang boleh dikenakan terhadap pelaku doxxing—seperti menghendap, gangguan, pencurian identiti, atau hasutan kepada keganasan.
Jadi, pesalah boleh dituduh dengan undang-undang yang ada.
![](https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/02/13144248/Buli-siber-doxxing.jpg)
Sebagai contoh, undang-undang di Malalaysia ada menguatkuasakan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib).
Seperti semua sedia maklum, Kerajaan juga telah menyatakan hasrat untuk menggubal pindaan anti buli siber terhadap Kanun Keseksaan dan Rang Undang-undang Keselamatan dalam Talian 2024.
{suggest}