Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini

Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini

Diterbitkan Januari 8, 2018 · Dikemas kini Januari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pada acara CES 2018, AMD tampil beberapa pengumuman dan salah satu daripadanya adalah mengenai cip pemprosesan Ryzen generasi ke-2 yang dijadualkan pelancarannya pada April hadapan.

Generasi seterus ini bakal dikenali sebagai Zen+, dibangunkan dengan teknologi 12nm yang menjanjikan kadar kelajuan clock yang lebih tinggi, dan teknologi Precision Boost 2 memberikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik.

Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini

Tidak seperti Intel, AMD masih mengekalkan soket AM4 (sokongan akan diberikan kepada platform ini sehingga tahun 2020), jadi bagi pengguna yang ingin menaik taraf kepada Ryzen 2 tidak perlu menukar papan induk mereka. Walaubagaimanapun, Ryzen 2 bakal menerima papan induk X470 yang mana ia akan mengoptimumkan cip siri baru dan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Tidak terhenti dengan pengenalan Ryzen 2, AMD juga berkongsi rancangan mereka untuk dua tahun akan datang. Bagi separuh masa kedua untuk tahun 2018, AMD menjanjikan Ryzen Threadripper dan Ryzen Pro generasi kedua.

Ryzen Generasi Kedua Bakal Dilancar April Ini

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
©2026 WISER.MY