Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antara Sebab Mengapa Anda Perlu Berubah Ke Matawang Bitcoin

Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Wang Kripto

Diterbitkan Oktober 2, 2024 · Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan siber di Check Point telah melaporkan penemuan aplikasi “WalletConnect” palsu yang muncul di Google Play Store yang telah menyebabkan kerugian lebih daripada USD70,000 (~RM291,480) melibatkan  150 mangsa yang memuat turun aplikasi itu dan menyambungkan dompet kripto mereka.

Aplikasi ini yang pertama kali dikeluarkan pada bulan Mac lalu di bawah nama “Mestox Calculator,” tetapi kemudian menukarkan namanya beberapa kali. Ia juga menggunakan nama “WalletConnect – Crypto Wallet.”

Buat pengetahuan, ia merupakan aplikasi jahat yang mempunyai kaitan dengan penyerang yang sama dilancarkan pada bulan Februari lalu yang dikenali sebagai “Walletconnect | Web3Inbox.”

Check Point mengesyaki bahawa pencipta aplikasi “WalletConnect – Crypto Wallet” menghasilkan ulasan lima bintang palsu kerana ulasan itu kelihatan generik dan sama sekali tidak berkaitan dengan ciri aplikasi.

Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Wang Kripto
Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Wang Kripto

Setelah dipasang, aplikasi itu akan menjalankan pelayar sesawang yang membuka laman kalkulator—tetapi ini hanyalah gangguan untuk mengelak ia daripada dikesan.

Pengguna kemudiannya akan dibawa pula ke tapak meragukan jika alamat IP mereka sepadan dengan parameter tertentu.

Jika tidak, mereka akan kekal di halaman kalkulator palsu itu dan tidak akan terjejas.

“Mestox Calculator”
Laman umpan itu dikenali sebagai  “Mestox Calculator”.

Alat berniat jahat yang dibawa aplikasi ini sebenarnya ialah MS Drainer, sejenis perisian hasad perkhidmatan yang menyasarkan dompet kripto dan direka untuk mencuri wang kripto mangsanya.

MS Drainer sebelum ini digunakan untuk mencuri lebih $58 juta dengan memikat mangsanya melalui iklan pancingan data yang diletakkan di Google dan X (Twitter).

Platform WalletConnect sebelum ini pernah menegaskan bahawa platform mereka tidak mempunyai aplikasi, sambil menjelaskan bahawa platform kripto itu adalah protokol, bukan aplikasi.

https://x.com/WalletConnect/status/1429790226826866693

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Varian Baharu Trojan Android Dikesan Menyamar 2 Aplikasi Popular Ini Untuk Kelirukan Pengguna
  • HMD "Buang" Telefon Nokia Dari Laman Web Mereka

Sumber: Check Point Research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY