Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan ‘Scam’ Sejak 2017 – Fahmi Fadzil

Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook

Diterbitkan Januari 22, 2024 ยท Dikemas kini Januari 22, 2024 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan, sejumlah 494 kes melibatkan kes penipuan di pelbagai platform media sosial termasuklah WhatsApp, Telegram dan Facebook sepanjang tahun 2023 lalu.

Modus operandi itu adalah dengan menyamar sebagai rakan atau kenalan di platform-platform tersebut sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM2,503,803.05 sepanjang tahun tersebut.

Malah bagi tempoh 1 hingga 20 januari 2024 sahaja, sejumlah 50 kes telah dicatatkan yang menyebabkan kerugian sebanyak RM238,732.

Menurut PDRM, sindiket ini menggodam ke atas akaun Telegram/WhatsApp mangsa dan menghubungi rakan mangsa yang diperolehi dari platform tersebut untuk meminjam wang.

“Pemilik sebenar hanya menyedari perkara ini apabila akaun Telegram/WhatsApp mereka tidak dapat akses ataupun menerima panggilan dari kenalan mereka berkenaan kesahihan pinjaman wang yang ingin dibuat” PDRM.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang yang diterima dari kenalan walau apa pun alasan mereka.

Berkaitan

  • Waspada, Ini Cara Yang Biasa 'Scammer' Gunakan Untuk Tipu Mangsa
  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • AI Ubah Laporan Berita Bernama TV Berkaitan Elon Musk

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY