Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023

RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023

Diterbitkan Februari 1, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa siaran tv RTM akan menyiarkan sebanyak 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung.

Ia termasuklah saingan Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat para peminat sukan bola sepak tanah air.

Siaran langsung itu akan dimulakan dengan siaran langsung perlawanan Piala Sumbangsih pada 24 Februari 2023 yang melibatkan perlawanan antara Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim dan Terengganu.

Kesemua siaran langsung itu akan boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung menerusi aplikasi RTMKlik.

Selain itu, Astro juga turut menjadi rakan penyiar dengan menayangkan siaran dalam definisi tinggi (HD) yang boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.

Berkaitan

  • Dinobatkan 'iPhone Game of The Year 2022', Apex Legends Mobile Umum Akan Ditutup Dalam Masa 90 Hari
  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT
  • Orang Kuat Xiaomi, Manu Kumar Jain Angkat Kaki Daripada Syarikat

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Digital, MFL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY