Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
laptop gaming ROG

Zephyrus Dan Strix Terbaru Kini Rasmi Di Malaysia: Ini Harga & Spesifikasi Penuh

Diterbitkan Mei 21, 2025 ยท Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh Amsyar Latif

ROG Malaysia kini mengumumkan ketibaan barisan laptop gaming terbaru mereka untuk pasaran tempatan. Dilengkapi dengan GPU generasi baharu NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti, RTX 5070 dan RTX 5060, model-model ini tampil dalam siri Zephyrus dan Strix untuk tahun 2025.

Fokus kali ini kekal pada prestasi, paparan berkualiti tinggi serta padanan CPU AMD dan Intel kelas premium.

Setiap model hadir dengan RAM 32GB, storan SSD 1TB dan paparan ROG Nebula Display, menandakan keseriusan ROG dalam mengekalkan standard flagship mereka.

Spesifikasi, harga dan ketersediaan

Siri Zephyrus

Zephyrus Dan Strix Terbaru Kini Rasmi Di Malaysia: Ini Harga & Spesifikasi Penuh

Zephyrus G14 (GA403W-RQS134W)

  • AMD Ryzen AI 9 HX 370
  • RTX 5070 Ti 12GB
  • Paparan 14 inci OLED, 120Hz
  • Harga: RM11,499
  • Ketersediaan: Hujung Mei

Zephyrus G16 (GU605C-PQR045W)

  • Intel Core Ultra 9 285H
  • RTX 5070 8GB
  • Paparan 16 inci OLED, 240Hz
  • Harga: RM10,999
  • Ketersediaan: Bermula 23 Mei

Siri Strix G18

Zephyrus Dan Strix Terbaru Kini Rasmi Di Malaysia: Ini Harga & Spesifikasi Penuh

G815L-RS9088W (Volt Green)

  • Intel Core Ultra 9 275HX
  • RTX 5070 Ti 12GB
  • Harga: RM11,999
  • Ketersediaan: Hujung Mei

G814F-PS9038W

  • AMD Ryzen 9 9955HX
  • RTX 5070 8GB
  • Harga: RM10,499
  • Ketersediaan: Bermula 23 Mei

Siri Strix G16 (AMD)

Zephyrus Dan Strix Terbaru Kini Rasmi Di Malaysia: Ini Harga & Spesifikasi Penuh

G614F-RS5119W

  • AMD Ryzen 9 9955HX3D
  • RTX 5070 Ti 12GB
  • Harga: RM11,999
  • Ketersediaan: Bermula 23 Mei

G614P-RRV012W

  • AMD Ryzen 9 8940HX
  • RTX 5070 Ti 12GB
  • Paparan 165Hz
  • Harga: RM8,999
  • Ketersediaan: Hujung Mei

G614F-MRV057W

  • AMD Ryzen 9 9955HX3D
  • RTX 5060 8GB
  • Paparan 165Hz
  • Harga: RM8,499
  • Ketersediaan: Bermula 23 Mei

Siri Strix G16 (Intel)

G615L-RS5118W

  • Intel Core Ultra 9 275HX
  • RTX 5070 Ti 12GB
  • Harga: RM11,499
  • Ketersediaan: Hujung Mei

G615L-PS5104W

  • Intel Core Ultra 9 275HX
  • RTX 5070 8GB
  • Harga: RM9,999
  • Ketersediaan: Hujung Mei

G615L-MS5078W

  • Intel Core Ultra 9 275HX
  • RTX 5060 8GB
  • Harga: RM9,499
  • Ketersediaan: Hujung Mei

Kebanyakan model hadir dengan ROG backpack dan ROG Impact Gaming Mouse. Untuk siri Zephyrus, pembeli turut menerima ROG Sleeve dan pengecas Type-C 100W. Semua model dikuasakan bateri 90WHrs dan pengecas dari 200W hingga 280W, bergantung kepada spesifikasi CPU dan GPU.

Siri laptop ini direka bukan sahaja untuk gamer tegar, tetapi juga sesuai untuk golongan profesional kreatif dan pengguna berkuasa tinggi. Dengan paparan OLED, memori besar dan kuasa grafik terkini, model-model ini mampu menampung tugasan berat seperti penyuntingan video, pembangunan kandungan AI serta permainan AAA terkini.

Berkaitan

  • Ini PC Desktop ROG Paling Berkuasa 2025, Mudah Diselenggara Berharga RM14,999
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Robotik & AI Kini Jadi Laluan Kepakaran Dalam Program Mekatronik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY